Pages

Tuesday, May 07, 2024

Salam Aidilfitri V.2024

 Macam-macam ragam Aidilfitri tahun ini. Dek kerana sepanjang Ramadan aku sibuk membantu Mr Moth di kedai maka i'm really looking forward to the end of Ramadan. Hahahahah... sebenarnya penat. Dah lama tak berpanas di luar rumah. 

Namun perancangan kita tak selalunya yang terbaik sebab Allah SWT lebih tahu apa yang elok untuk kita. Bermula dua hari sebelum hari raya, tempahan rendang raya bertalu-talu, alhamdulillah. Kemudian, masuk pulak tempahan nasi minyak dan nasi hujan panas. Sekiaaaaannnnn lah harapan untuk berhari raya. Maka bertungkus lumus lah aku sehingga ke hari raya kedua. Dan Mr. Moth pula mula buka kedai dari hari raya kedua, lagi lah sekiaaaaaaannnn... Takde rasa ralat sebab meski sibuk dengan itu ini begitu begini, kami sempat berkumpul dengan adik beradikku sahaja. Sempat menziarahi pusara bonda. Sempat juga juga balik kampung yang hanya sepelaung jauhnya tu. 

Selepas habis kesibukan, aku membawa abah menghantar Khair yang mula bekerja di Klang. Sesungguhnya jem selepas raya itu benar ya, masa pergi tidak terlalu sesak dan mujur pula kami balik bertentangan arah dengan kesesakan. Abah pun membebel tengok jalan sesak, mengira sejauh mana kesesakan. Hahahahah...

Dan seminggu selepas raya, masa yang dinanti pun tiba. Barulah kami dapat berkumpul dengan keluarga sebelah Mr.Moth. Kesempatan yang membahagiakan.





Seluruh keluarga Mr.Moth yang sempat hadir

Pagi raya kami di sebelah Mr.Moth


Bermoreh dengan abah di kampung waktu bulan puasa, alhamdulillah

Geng mak-mak

Kesayangan forever. Semoga Allah SWT memelihara kami daripada perpisahan, aamin.

No comments: