Pages

Saturday, March 10, 2012

Insomniac


Saya khuatir kerana kebelakangan ini waktu tidur saya telah beranjak ke jam lima pagi. Mujur saya sedang dalam mode waras. Hahaha... Jenuh juga kalau tetiba susah nak tidur ni. Sebenarnya saya amat mudah melelapkan mata, kelip mata sekali dua... Haa, settle le. Tapi dua tiga (hishhhhh....benda alah ni asik nak betulkan spelling he pun kejenya. Grrrrr!!!) menjak ni payah bebenor pulak. Pukul empat pagi saya bangun basuh kain baju yang MOTH bawak balik dari kursus. Sudah basuh baju siap sidai segala pun still tak boleh lelap. Tetiba pulak kotak suis electric (haaa... Lantak ko lah pun spellcheck oiii), tu pulak meragam. Hehehe... memalam buta baru ko nak meragam ye sayang! Entah apa yang Mr MOTH buat, sudahnya kami baring semula di pembaringan. Dah terkebil-kebil tu, kepala mula menerawang, uppssss... no no no, saya bawak beristighfar banyak-banyak supaya fikiran tidak mengenang yang bukan-bukan. iPod dah habis battery, majalah semua dah katham, nak online Mr MOTH dah tak bagi sebab dia suh tidur :( lagi pun wi fi kat dalam bilik kerja dah off. Sob sob sob... Entah macam mana dalam beristighfar tu boleh lelap pulak. Sedar-sedar Mr MOTH kejut. 'B, bangun. Larat ke nak bangun ni?' Tanya Mr MOTH. Saya angguk kepala, langkah pun Kecik-kecik je ke bilik air. Saya ambik masa yang agak lama jugak untuk bersiap hari ni sebab tak cukup tido.
Dan malam ini... Dah semalam tak cukup tido dan kepenatan berjalan hari ini pun says masih buntang bijik mata. Cuma saya Ada bahan bacaan baru dah, Mr MOTH beli Australian Womens Weekly kegemaran saya, sebenarnya B mintak versi Malaysian je memandangkan tetengah bulan ni kannnn... Tapi D belikan Australian version pulak. Hahaha... I loike! Moga-moga malam ni B lekas lena.

No comments: