Pages

Sunday, March 11, 2012

Hari Rest Day!


Semalam tak boleh lelap jugak, sampai naik-naik hangin satu badan la dibuatnya. Mujur Mr MOTH (Men Of The House) pun layan berjaga jugak, at least ada orang nak bersembang. Tapi bila dah pukul empat pagi, saya mula rasa bebal. Mata tak mahu lelap juga. Saya baring dan pejam mata rapat-rapat. Tak mahu fikir apa-apa. Tetiba terdengar suara sott set sott set... eh, bunyi apa tu? Saya bukak mata, pandang ke kiri. Hahahahaha... Mr MOTH tengah exersice. Wahhhh, boleh ek exersice waktu dinihari begini. Sejak balik kursus ni Mr MOTH memang agak muntel sedikit, terutama di bahagian perut. Yummy! Walau pun sedap dipeluk (18sx : untuk difahami oleh orang dewasa sahaja), tetapi kesian sebab Mr MOTH rasa tak selesa. So menu hari ini adalah kalangan yang kurang lemak ye iaitu capathi wholemeal dan sambal sardin. Sebab bangun tidur pun dah tengahari (jarang berlaku ye, selalu tu saya bangun awal) maka next meal will be for dinner. Tapi sekarang ni dia tengah tidur, dan kejap lagi bila dia bangun sure dia mintak something untuk dikunyah. Maka sekarang saya perlu mencari bahan-bahan berkhasiat (buah-buahan) untuk dia makan sebelum tiba waktu dinner.

Tadi saya bersembang dengan seorang kenalan lama, dia bercerita mengenai persepsi. Manusia ada macam-macam persepsi terhadap orang lain. Begitu juga saya, selalunya saya jarang silap dengan persepsi pertama. Saya percaya pada persepsi pertama saya. Kita boleh buat apa pun tanggapan dan andaian mengenai seseorang. Fikirlah apa pun, tak ada orang yang akan marah selagi ia tidak diluahkan. Namun kita bertanggungjawab dengan setiap yang kita perkatakan mengenai seorang manusia. Dan saya juga diajar, bahawa setiap tuduhan kepada orang itu adalah doa untuk diri kita sendiri. Sebab itu semua akan jadi pada diri kita sendiri suatu hari nanti.
Kita juga ada hak untuk membenci sesiapa sahaja yang kita tak suka. Apa pun alasan, mungkin dia lebih bagus dari kita, mungkin dia ada orang yang cinta dia sedangkan kita tak ada, mungkin dia lebih cantik dari kita, mungkin dia ada segalanya yang kita mahu tapi kita tak dapat-dapat apa yang kita nak sekian lama... semua tu alasan-alasan yang kita boleh gunakan untuk kita membenci sesiapa sahaja. Kita juga boleh gelar orang tu dengan nama apa jua binatang yang kita rasa hina. Kita boleh panggil dia dengan apa sahaja nama buruk yang kita suka, tetapi kita harus ingat, itu semua doa. Saya bercakap mengenai pengalaman saya sendiri, saya dan Mr MOTH gelar seorang perempuan ni dengan nama Si Semak, dan... sehingga hari ini dia sentiasa menyemak dalam kehidupan saya. hahahahaha...
Sebenarnya selagi kita tidak pernah berbuat salah atau merampas apa sahaja milik orang, kita tidak perlu merasa terancam dengan seseorang itu. Dengan pegangan itu saya selalu merasa tenang dan berjaya memujuk diri sendiri. Saya tidak perlu mencaci maki orang, saya tidak perlu menghamun orang dengan kata-kata nista, saya tidak perlu balas ayat-ayat keji orang sebab I am fabulous, saya ada semua yang saya mahukan, dan saya ada apa yang ramai orang termasuk orang yang benci saya mahu dalam hidup ini. Yes, saya fabulous dalam kehidupan saya dengan Mr MOTH. Saya tidak perlu mengancam, saya tidak perlu menuduh, saya tidak perlu mengugut dan saya tidak perlu buat apa-apa untuk dicintai sepenuh hati. Itu yang paling berharga dalam hidup saya. Meski ada masa saya nanar juga (adat la manusia), tetapi saya dipaksi selesa.
Eh, kenapa perut rasa lapar? Hahahaha... masa minum petang! Tingggggg!

No comments: