Pages

Tuesday, February 03, 2009

Bertemu E-Pring!!!!


Saya sangat suka menulis. Saya sangat suka andai dapat meluahkan kisah seharian saya di lakaran ayat. Saya juga sangat suka membaca kembali cerita-cerita yang saya tulis dengan sepenuh hati.
Namun saya hanya manusia biasa, ada tikanya saya sampai tidak mampu menulis dek kerana jiwa kacau. Paling saya tidak suka apabila menulis dengan rasa gundah yang akhirnya tulisan saya disalahertikan pembaca.
Hari ini jiwa saya tenang, kepala yang sakit diserang migrain sejak seminggu lalu sudah berjaya di kawal. Rasa ringan je kepala dan rasa happy setelah tidur lena malam tadi. Hehehehe... kenapa yer? Malam tadi saya dibawa bertemu E-pring. E-pringlah yang mengalterkan urat-urat saya menjadi lurus dan tidak terbelit-belit lagi.
Masih ingat drama Thailand kegemaran saya sekitar 2007 dulu? Ya, drama yang bertajuk E-pring itu pernah membuat duit saya habis gara-gara mahu ke Kanchanaburi, Thailand... mahu membeli gaun seperti E-pring, mahu membeli aksesori yang sama seperti E-pring. Semuanya kerana E-pring itu cantik.
Semalam, buat julung-julung kalinya, kekasih saya mengamuk kepada saya. Mungkin dia sudah lama sangat memendam perasaan dengan kerenah saya yang agak melampaui batas. Saya akui, sangat sedih dengan kata-kata yang dikeluarkan itu meski semua yang diperkatakan benar. Saya hanya dapat mengharapkan agar dia memahami situasi saya yang sungguh gundah. Saya tahu kesilapan telah dilakukan, saya telah memperkotak-katikan maruah dia sebagai kekasih saya. Alangkah sedihnya rasa.
Namun, saya tahu dia tetap mencintai saya seadanya. Malah setelah marahnya reda, dia masih sudi memujuk saya. Masih menjaga saya dan masih mahu melihat saya tersenyum ketika dia sibuk dengan kerjanya. Malam tiba, dia membawa saya ke La Liga di Lumut. Saya tidak pernah tahu adanya rumah urut yang menawarkan Thai Massage di Lumut ini. malah harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan. Di sinilah saya bertemu E-pring. Hehehehe... E-pring inilah yang meligan saya sehingga saya mampu kembali tersenyum. Seusai pijatan, tubuh rasa ringan dan entah urat apa yang ditekan E-pring maka saya bisa tersenyum melihat sang kekasih yang setia menanti di luar La Liga. Terima kasih sayang!!!!!
Kepada kawan-kawan yang merencanakan perjalanan ke Lumut, jangan lupa masukkan La Liga ke dalam agenda kalian. Tak rugi tau!

1 comment:

Anonymous said...

esok2 kalu migrain lgi..d bukak rumah urut pulak dlm fifth avenue...d pun pndai ckp siam...

khan khun kap...sawadikkap...masuk ikut pintu keluaq ikut tingkap....

po mai put!!!!!

muahahahahaha