
Rupanya filem Ong Bak 2 mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Maka tidak salahlah tilikan banyak pengkritik filem bahawa rata-rata penggemar layar perak lebih berminat dengan filem aksi berbanding filem-filem seni. Kalaulah lebih ramai pembikin filem Melayu yang celik hati menerima hakikat ini, pasti industri perfileman kita tidak semurung sekarang. Begitu pun saya tidak menyangkal bahawa sudah semakin ramai pembikin filem Melayu yang telah celik hati. Jangan pula mengatakan saya pesimis terhadap industri sendiri. Sesungguhnya saya akan merasa bangga andai saya keluar panggung dengan rasa puas di hati seusai menonton filem kita sendiri.
Semalam, saya dan (siapa lagi... hehehe) Najib berpeluang mencuri masa untuk berlibur di Star Cinema untuk menonton filem Ong Bak 2. Saya booking ticket jam 7.20pm, namun kekangan-kekangan masa yang diisi dengan bebanan tugas di kedai membuatkan kali terlewat bersiap. Dalam hati saya berfikir, tak perlulah booking lagi sekali memandangkan malam tadi bukanlah malam minggu, pasti masih banyak tiket tayangan seterusnya yang belum dijual.
Jam 8.45pm kami pun tiba di hadapan Star Cinema yang dulunya dikenali sebagai Panggung Arasu. Alamak! Barisan di kaunter tiket agak panjang namun Najib yang baik hati sedia beratur (haks haks hakss....). Sampai giliran seorang lelaki yang berdiri di hadapan Najib, kami terdengar si penjual tiket memberitahu bahawa itulah tiket terakhir tayangan filem Ong Bak 2 jam 920pm. Sudah tentu saya rasa seperti nak luruh jantung mendengarnya, namun Najib yang cool itu tersengih. Tiba giliran dia, dikhabarkan kepada penjual tiket bahawa kami telah membuat tempahan melalui telefon. Betul, tempahan telah kubuat. Dan si penjual tiket pun membuat semakan, namaku ada tertera di bahagian tempahan. Namun apabila disemak, tempahan itu untuk tayangan jam 720pm... huhuhu! Si penjual tiket pun merasa gelabah. Dan terpaksalah dia mereleasekan ticket yang telah ada tempahan namun belum dipungut kepada kami. Saya tersenyum, kekekeke... nak tengok Ong Bak 2 punya pasal terpaksa jugaklah kami menipu. Hahahaha!
Di dalam panggung, saya menonton dengan sepenuh hati... apatah lagi Najib. Sudah tentulah dia lebih teruja dari saya. Meski pun khusyuk menonton, namun hati saya tetap berkata-kata sendiri tatkala muncul babak-babak yang mungkin saya alami di kemudian hari. Oh... alangkah ngeri untuk mengenangkannya sekali pun.
Ong Bak 2 ini secara keseluruhannya tidak mengecewakan. Aksi-aksi lawan serta aksi mempertahankan dirinya disusun lengkap. Begitu pun, jalan cerita filem ini amat pendek dan tidak memberi kepuasan di hati. Bagi saya, klimaksnya masih belum sampai. Menurut pengiraan saya yang buta ilmu filem ini, Ong Bak 2 masih belum berjaya memupuk dendam serta menyulam kasih sayang sepenuhnya yang patut ada dalam filem ini. Kehebatannya hanya pada aksi-aksi namun jiwa dalam filem ini kosong.
Daripada lima bintang, saya beri 3 setengah bintang untuk filem ini. Kepada yang masih belum menonton, tidak rugi kunjungan anda ke pawagam untuk Ong Bak 2.
Seusai menonton filem, kekasih hati saya mahu bermain futsal pula. Pada awalnya saya berniat untuk menemui seorang teman yang bakal berpindah dari daerah Manjung ini. Namun terpaksa dibatalkan kerana saya lihat kekasih hati saya merasa kurang aman dengan keputusan saya untuk bertemu si teman tadi.
Lalu saya sekadar menemani dia bermain futsal sambil membaca novel Ayat-Ayat Cinta. Selesai permainan futsal, saya kepingin hendak makan burger pula. Saya ajak kekasih hati ke gerai burger di hadapan La Liga, Taman Samudera. Malangnya gerai itu sudah tutup. Tak dapatlah saya makan burger La Liga. Kui kui kui.... Sambil memandu ke gerai burger yang lain, kekasih hati saya masih sempat menguruskan kes adik-adiknya. Kasihan melihat dia yang sanggup menghabiskan banyak masa, wang ringgit dan tenaga demi adik-adik tersayang. Namun terkilan juga rasanya apabila mengenangkan sikap sambil lewa antara adik-adik yang tidak pandai menghargai. Ya lah... tidak boleh pula kalau kita meminta-minta orang menghargai apa yang kita lakukan.
Pulang ke rumah, saya makan burger. Hehehehe... kemudian menyelongkar peti sejuk. Jumpa limau, baham limau. Kemudian terpecahkan gelas kaca kesayangan Achik pula. Sudahlah begitu, terpijak pula serpihannya. Lukalah kaki saya.
Sedang cuba melelapkan mata, saya melayan lagu kegemaran saya My All nyanyian Mariah Carey. Huhuhuu... terkenang pula kisah-kisah cinta yang saya dengar dua tiga hari ini.
Cinta saya kepada kekasih hati saya, tidak perlulah dikisahkan lagi. Kang ada pula yang makan hati. Ahaksssss!
Kisah cinta kali ini adalah milik seorang teman. Hatinya terbelah dua. Kisah cinta tiga penjuru, agak sukar difahami namun bagi kisah ini amat kompleks. Telah banyak yang terjadi. Ini bukan kali pertama saya dengar kisah sebegini.
Teman saya itu hatinya satu. Namun dibahagikan dua kepada dua orang wanita. Setelah kisah terbongkar, mereka sama sama terpaksa menerima hakikat bahawa kasih dan hati seorang lelaki itu harus dikongsikan sementelah tidak ada yang sanggup kehilangan. Namun, saya sendiri cuak untuk membayangkan... apakah sehingga ke akhir nanti kesanggupan berkongsi itu ada. Yang saya pesankan kepada teman saya itu, satu hati tidak boleh dibahagi dua. Dan amat mustahillah dia dapat berlaku seadil-adilnya kerana kita hanya manusia biasa. Andai keputusan muktamad tiga pihak sudi hidup bersama, susunlah perjalanannya mengikut kemampuan semua. Semoga dia bahagia bersama mereka. Amin.
Saya pula? Kalau sudah ditakdirkan saya hidup bertiga, berempat atau berlima sekali pun... saya redha. Tidakkan sesekali saya berundur dan mengalah kerana orang lain. Begitu pun saya tidak akan berlawan-lawan dan memaksa diri menjadi orang lain demi sebuah pemilikan. Kerana yang dimulut saya itu sama seperti yang di dalam hati, tidak kan susah bagi orang lain meladeni hati saya. Wajah-wajah luka, wajah-wajah bahagia saya amat mudah dilihat dan ditelah. Maka saya merasakan hidup ini amat mudah. Kalau pun setelah mencubanya barulah saya rasa tidak sanggup, maka saya tidak kan memaksa diri. Cinta tidak seharusnya memiliki. Ada kalanya cinta lebih terasa setelah kita kehilangannya. Dan yang saya mahu hanyalah sebuah cinta yang bahagia.
Dengan kekasih saya, cinta dia sudah cukup membuat hidup saya sempurna.
2 comments:
panjangnya karanagan...huhuhu..seb semalam d tk pi ong bak mangkuk2 yg cari pasal dgn adik2 d tuh...kekekeke...semangat terujaaa!!!!....b...d sayangkan b...d bahagia dgn b..nnti ade masa kita pi beli burger la liga tu ek..pastu pi la liga lumut...d nk pi meng'ong bak'kan diri dgn tukang urut thailand tuh...kekekeke
love u alwaysssssssssss!!!!!!
kekeke... sempat b mengarang sambil memprint buku yasiin tu. b tunggu je kot2 d nak panjang2kan amukan d malam tadi. kalau menjadi jugak, masaklah man... tapi b dah doa panjang2 supaya d jgn mengamuk. b kesian kat d, kalau d mengamuk nanti d jadik penat. cukuplah b sorang buat perangai, jgn la ada orang lain buat perangai gak.
d, nanti b bawak d gi la liga pulak ekk, b dah sihat... so b jaga d pulak ye.
mishhhhh u sangat2.
Post a Comment