WHAT ARE YOU LOOKING AT?
Banyak sangat nak cerita, tapi tujuh hari tujuh malam aku mengarang kat sini pun tak habis. Sampai nak memulakan ayat, aku tak tahu apa nak diceritakan lagi. Cerita banyak-banyak, cerita panjang-panjang... tapi untuk apa? Untuk kesekian kalinya mengulangi benda-benda yang sama. Aku dah malas!
Aku yang hidup dengan penuh complicated ini selalu je jadi tempat bersandar kepada orang lain. Sandar-sandar sesedap rasa. Dengan penuh tekun dan dedikasi, aku pun mendengar... pastu beri pendapat-pendapat serta hasil tilikan perasaan aku. Lepas satu client bersandar, datang pulak client lain ; sudahnya aku rasa macam nak bukak 'Kaunter Khidmat Nasihat dan Luahan Perasaan'. Hakikatnya, yang aku rasa, yang aku perlu dan yang aku mahu - ada ke orang nak dengar? Too bad!
Entah kenapa, aku selalu sangat melalui perkara yang sama. Yang sudah aku tahu akibatnya, aku buat jugak. Bila merasakan sakit yang sama, baru nak picit kepala balik. Baru nak teringat, i'm not supposed to do this.
Kadang-kadang aku marah pada diri sendiri, awatlah aku degil sangat. Awatlah pulak aku asyik membiarkan orang pijak, hentak serta lompat-lompat atas kepala aku. Bukan sekali, dah banyak kali sangat. Balik-balik aku cakap... tak pe lah, biarlah. Malas nak fikir!
Kata orang, kalau kita asyik fikir satu 'point', ia akan jadi sama seperti yang kita asyik fikir tu je. Banyak kali aku cuba konar ke tempat lain, tapi aku asyik dok fikir ke situ jugak. Yang aku ni degil sangat apasal ekkk! Aku jugak doa banyak-banyak kali supaya apa yang selalu aku fikirkan itu tidak terjadi. Agaknya aku pentingkan diri sangat. Aku mahu selalu gembira, selalu senang dan aku mahu apa yang aku mahu itu aku dapat. Mana ada peraturan atau undang-undang yang mengatakan apa yang kita mahukan itu mesti kita dapat. Lalu aku harus pasrah. Buatlah baik macam mana pun, ikutlah jalan yang mana sekali pun, kalau Dia kata bukan itu yang telah ditulisNya untuk aku, idak le jugak aku dapat. So, aku kena terima dengan penuh redha apa pun yang dituliskan untuk aku. Cuma aku selalu memohon, supaya Dia memberika aku lebih banyak kekuatan untuk melalui hari-hari esok, sebab aku dah penat! Ada masa aku rasa macam dah nak tersungkur tetapi selalu pula datang kekuatan-kekuatan yang buat aku bangkit, yang akhirnya baru aku sedar kekuatan itu sebenarnya hanya dipinjamkan sementara.
Aku selalu ingat kata-kata seorang teman yang selalu ku pegang supaya aku kuat semangat, 'Tuhan berikan kita hujan dan kita menangis, rupanya selepas hujan itu ada pelangi'.
Semoga hari esok aku tak menangis lagi.
JOM KITA TENGOK GAMBAR!
by ShaiNaszri... suka sangat gambar ni. Padahal baju terbalik tu.
Juna, cousin @ teman sepergedikan waktu remaja. Hehehe...

No comments:
Post a Comment