Ini aksi pengantin baru Dilla dan Jeffi pada sesi fotografi luar di pantai Lumut.
Tuan Puteri Semut yang bosan sebelum melepaskan komputer ribanya ke pusat Acer.
I miss him? Siapa yang pernah buat aksi ini?
Thanks Shai dan kengkawan di atas kemurahan hati memberi tiket yang sungguh kami idamkan, ye tak Rozek?

I miss him? Yeah, miss him a lot.
Apa yang aku buat di pagi 2008? Berkelubung dengan buku cerita di depan tv. Malam tahun baru? Juga berkelubung di depan tv dengan buku cerita di tangan. Memang bukan style agaknya aku duduk bersesak-sesak di tengah Dataran Merdeka hanya untuk melihat kembang api. Lagi pula, sahabatku Halimah sedang bertarung nyawa di hospital selepas serangan kanser lymphonia peringkat empat. Maka aku batalkan semua agenda suka ria buat masa ini. Melihat keadaan dia yang entah akan dapat kutemui lagi atau tidak membuat aku jadi sungguh sedih. Apalah nasib tiga anak kecil buah cinta dia dan Zainal. Halimah adalah teman sekolahku dari darjah tiga hingga kami ditawarkan ke kelas Rancangan Khas di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam. Di asrama Halimah juga antara teman rapatku. Dia antara teman yang serasi dengan aku. Malah Halimahlah orang yang sering menjadi tempat aku melontar masalah pada dulu kala. Dia baik, hatinya mulia... banyak sebenarnya cerita tentang Halimah tetapi aku tak berdaya nak menulis.
Antara yang menarik pada setiap kunjungan melawat Halimah adalah pertemuan ala jejak kasih dengan kawan-kawan lama. Dan soalan, 'bilalah ko nak kahwin?' adalah soalan biasa. Jawapannya? Tunggu Putera Kayangan turun ke bumi. hehehehe...
Banyak yang aku nak cerita, tapi masa sungguh mencemburui aku kerana tuntutan perhatian daripada teman-teman lama. Karang di kata tidak mahu bersosial lagi. Dah merajuk. Nak kena pujuk. Tapi kalau nak merajuk jangan pergi Taman Monyet ekk... ahahahaha!
No comments:
Post a Comment