Alhamdulillah, sudah selamat menunaikan misi menghantar surat berhenti. Dari semalam berdebar-debar hingga tak boleh tidur. Akhirnya, aku serahkan juga surat bersampul putih bersih itu ke tangan puan pengarang. Reaksinya, tiada kata-kata. Suasana sunyi sepi. Dan melihat keadaan itu aku pun berundur diri keluar dari bilik puan pengarang. Hampir setengah jam kemudian barulah dia memanggil aku semula. *sigh*
Dengan tegas dan penuh yakin aku terangkan apa sebab musababnya dan mengapa aku perlu berhenti, tidak ada kena mengena dengan rasa kecewa atau mengharapkan counter action daripada pengurusan. Jadi aku tetap dengan keputusan aku. Lalu, akhirnya puan pengarang pun tersenyum, gud luck for u katanya. Apa lagi, aku pun senyum samalah. Menguruskan hari-hari terakhir ini, aku harus menghabiskan baki cuti yang melebihi tempoh notis. Syarikat akan membayar baki cuti yang tidak sempat dihabiskan. Senyum lagi nih. Tapi atas dasar kesian dan kasih sayang terhadap GLAM, aku setuju untuk menyiapkan beauty coloumn sehingga mereka menemui pengganti seorang Asha.
So, orang pertama aku sms adalah my partner in crime. Kemudiannya my mum, my uda, my mr you know who you are, letak di tag YM and my beloved sister. I'm done and I'm free. Orang paling gembira adalah my mommy, mengucap syukur tuh! Ahahahaha... punyalah dia tak berkenan aku kerja di GLAM.
Sekarang aku dah yakin apa akan aku lakukan. Kerana satu episod sudah berlalu, anjakan paradigma telah bermula. Semoga Allah merestui perjalanan aku, amin.
2 comments:
ASHA!!!!....muga anjakan paradigma mu di restui hendaknya...amin
Thanks Nao, terima kasih kerana selalu menemankan aku dengan doa-doa. Take care.
Post a Comment