Seorang teman lain, cemburu kerana temannya bertemankan orang lain. Hari-hari mereka bermesyuarahkan 'topik' yang sama. Sudahnya dua dua jadi gila sebab banyak sangat keluarkan fakta tah apa-apa.
Seorang teman juga, cemburu kerana kerjaya kawannya lebih cemerlang. Selalu pula dipuji oleh ketua. Sudahnya, kerja dia sendiri tak siap sebab asyik melayan sakit hati dengan ketua serta temannya juga.
Ada juga adik beradik yang cemburu sesama sendiri, itu dah tahap ekstrem kerana adik beradik itu sepatutnya saling mengalah sesama sendiri. Pendek kata, janganlah cemburu tak menentu. Kalau pun takut kehilangan, tapi kalau dah cemburunya makan masa sampai 80 juta hari... daripada si girlfriend tu berfikir-fikir nak stay terus dia cabut lari.
Post ini ditujukan khas buat you know who you are yang kononnya masih cemburu. Hehehehe... Dia kata dia tak jeles tapi dia cemburu. Erk? But you know u're not supposed to get jelouse to anybody rite!
Akhirnya, pada jam dua setengah pagi tadi sebuah pertemuan telah berjalan bagi membincangkan masalah kerajaan pusat yang mula mengabaikan kerajaan negeri. Kerajaan pusat berharap kerajaan negeri faham dengan situasi yang meruncing di sempadan negara. Hehehehe... kena faham lagi! Kerajaan pusat juga mengingatkan supaya kerajaan negeri bersabar menanti peruntukan yang akan diagihkan mengikut keupayaan kerajaan pusat. Hendak tak hendak, terpaksalah kerajaan negeri menerima keputusan kerajaan pusat kerana kerajaan negeri sedar, disebabkan diterajui oleh parti pembangkang maka kerajaan negeri terpaksa berada terkebelakang.



No comments:
Post a Comment