Lagi sehari hendak masuk tiga bulan umur Ammar, kami pergi cucuk. Ibu dah siap belikan baju baru. Baju kaler merah dengan short pant dark blue.. Ecehhhh, anak ibu ada macam gaya abang-abang dah la. Hahahhaa
Takdirnya pagi itu, kami dapat berita 'pakcik bulat' telah kembali ke rahmatullah. Maka kita teruskan agenda cucuk si bobot, kemudian bobot terpaksalah mak bawa ke balik ke Brinchang menziarahi jenazah arwah.
Ibu terpaksa balik KL sebab ibu masuk kerja jam dua petang. Kata mak, Ammar mengamuk dalam kereta sebab berpusing-pusing jalannya. Lepas mak peluk dan tegakkan dia baru dia diam. Tak lama pun mak balik ke Brinchang, selesai urusan pengkebumian mereka pulang ke Seri Manjung. Ammar pula dah mula dedar badan. Bermula keesokan harinya, Ammar demam. Bekas tempat cucuknya bengkak. Ayah suruh ibu beli Vicks. Dia kata baca di internet yang Vicks boleh kurangkan bengkak selepas cucuk pada bayi. Tapi demam Ammar tak surut.
Sebelum mak balik ke Muar pula, mak hantar Ammar ke KL. Bermulalah episod Ammar sebagai warga KL, entahkan rasi atau tak?
No comments:
Post a Comment