Pages

Friday, December 27, 2013

Luahan hati: Menyampah

Percayalah juga bila saya kata bahawa diri ini sangat mudah berasa serik. Kalau sudah saya tutup pintu dari sebarang interaksi, maksudnya saya sudah serik. Salahkah saya kalau memilih berkawan dengan sesiapa? Lagi pula auranya sering sahaja tidak kena dengan saya, maka lebih baik saya forgive and forget. Pergilah kau berkawan dengan orang lain, saya tak mahu menipu diri sendiri.
Kita ada hak memilih mendampingi sesiapa jua dalam hidup kita. Dan dengan hak itu kita juga memikul tanggungjawab untuk meredhakan apa jua kita rasa selepasnya. Jangan gatal mulut merungut itu ini. Kita pilih sendiri, hadap sahajalah. Selagi kita memilih yang itu, selagi itulah kita wajib meredhakannya. Sakit mata orang baca status kat Facebook kalau hari-hari kita mengadu sakit hati sakit jiwa dan mati rasa. Memang itu Fb kita, suka hatilah kita nak tulis apa kan. Tapi faham ke idok? Menyampah tau tak...
Dan demi tanggungjawab terhadap diri sendiri dan perasaan sendiri, maka saya pilih untuk let go seorang teman yang itu. Sekian.

No comments: