Tangan kiri saya gatal. Tak tahu lah kenapa, kata orang nak keluar duit. Huhuhu... Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik buat hambanya.
Selepas berhenti kerja, saya harus melakukan beberapa perkara. Pertama, meladeni bunda SELESAI. Kedua, berhari raya SELESAI. KETIGA, menerima tempahan kek dan tart nenas SELESAI. KE EMPAT, drop shipping, alhamdulillah SEDANG MASIH DIJALANKAN. Namun, sekarang saya sudah mula gatal badan duduk di rumah. Mulalah belek-belek iklan jawatan kosong. Hik hik hik.
Dalam menjalani tugas sebagai suri rumah ni. Saya mula dari pelbagai sudut. Hari ini saya kerjakan dapur. Tung tang tung tang... berkilatlah semuanya. Jumpa dua ekor Cik Ci. Dia melompat bila saya jerit, lompat saya lebih tinggi. Saya sembur dengan senjata Ridsect, dia putuskan ekor dan menghilang ntah ke mana. Saya syak dia sembunyi dalam kotak Bio Aura tapi saya tak berani selongkar. Tunggu Abam Ajib lah... hahahha.
Misi esok, lipat kain baju yang sudah didobikan. Lepas tu kemas bilik tidur. Hehehe... kepala dok pikir pesen ape lak nak dibuat kali ni. Abam Ajib tahu, kalau ada misi tu alamatnya adalah yang berubah ke sana ke mari. Hihihi...
No comments:
Post a Comment