Pages

Monday, March 11, 2013

Cerita 1

Seorang suami dan isteri masuk ke dalam kedai.
Isteri berpurdah manakala suami bersongkok. Usia 50-an.
Suami bertanya mengenai promosi terkini pada konsultan kecantikan. Isteri menuju ke bahagian wangian.

Suami: Cik tolong isteri saya ye. Dia nak cari barang dia.
Konsultan senyum menuju kepada isteri yang sedang mencuba losyen.
Isteri : Saya nak cari deodorant yang baunya tak kuat.
Setelah bercerita mengenai deodorant. Si isteri ambil satu deodorant yang tiada bau untuk pakai jika keluar rumah, dan satu lagi yang berbau floral untuk ketika di rumah.
Konsultan : (Senyum dan ambil iktibar)
Setelah konsultasi kulit, isteri mengatakan dia hendak meminta pendapat suami dahulu.
Istei : Abang, boleh tak Siti nak beli set ni. Harganya RM300. Siti dah lama tak pakai pencuci mcm ni tapi Siti teringin nak pakai krim je.  Harga krim RM105.
Suami: X pakai satu set pun Siti dah cantik macam ni, kalau pakai satu set mesti cantik lagi. Bahaya ni... Siti pakai krim je lah.
Isteri : Terima kasih bang.
Konsultan : Terkedu dan menginsafi diri.

Kadang -kadang kita lupa bahawa kita dah tersilap perbuatan. Keluar rumah kita pakai wangian bagai nak rak tapi di rumah kita sekadar pakai body mist. Semoga kita mengambil iktibar dengan babak ini dan jadi seperti isteri ini. In shaa Allah.

No comments: