Pages

Tuesday, February 19, 2013

Oh material!!!

Jam dua pagi, saya masih belum lena lagi. Mr Hubby membebel sebab gara-gara memujuk saya lalu dia terlepas kisah ikan di televisi. Hahahaha... Nasiblah sayang, dapat isteri kuat merajuk kan.

Cerita merajuk dan puan permaisuri memang tidak pernah selesai. ;p

Dan kata orang, Allah SWT akan menetapkan kita dengan pasangan yang sama cocok juga sepadan kita. Ye lah, perempuan yang baik untuk lelaki baik. Begitu juga dengan perempuan jahat untuk lelaki jahat. Dan... perempuan yang hendak jadi baik pun untuk lelaki yang hendak jadi baik. Tak kan pulak perempuan yang konon-konon baik (pendek kata dia sorang lah baik) nak dikatakan sepadan dengan lelaki yang jahat, pengecut serta semua tidak baik. Haiyoooo... dah melalut. Hahahaha... ni lah gara-gara mengenang kisah silam, kan dah tercuit perasaan. Ahhhh... pedulikkanlah mainan perasaan yang tah ape-ape nih. Alhamdulillah, DIA mendengar doa hambanya yang hina ini. Sob sob sob.

Apalah malam ni syahdu sana sini. Nasib baik selepas siap empat page artikel. Walau pun dateline Jumaat nanti tapi mengenangkan mulai esok puan permaisuri akan agak bz, maka lebih baik disiapkan awal. Biar Mr Hubby aka peminat setia tulisan puan permaisuri itu jadi pembaca pertama di samping jadi editor.

Oh melalut lagi!

Kisah orang merajuk. Kenapa ada orang merajuk? Sebab ada orang yang nak memujuk. Dari awal kisah cinta, Mr Hubby memang pandai memujuk. Boleh baca dari blog ini... tengok macam mana penangan pujukan Mr Bunet tersayang.

Tapi sekarang dia tukar taktik. Semakin menjurus kepada kebendaan. Oh material! Mahu atau tidak puan permaisuri harus setuju. Dia pujuk sekali gus buat aset macam ni adalah sesuatu yang bijak. Huhuhuhu... daripada pujuk dengan 300 kuntum bunga bersama sebuah teddy bear besar orang. What The Fish!!! Namun harus berjaga-jaga, jangan menjadikan puan permaisuri seperti Mami Jarum sudahlah. Muahahahaha...


18/2/2013 - Acara beli kasih sayang

Dan seterusnya. Terima kasih sayang. XoXo~ Chenta Luv D.

No comments: