Mari kita cerita pasal hari raya. Dari dulu sampai la sekarang, erti hari raya bagi saya adalah 'masa untuk bersama keluarga'. Hari raya mesti masak lontong, mesti ada nasik impit kuah kacang (taruh ayam) dan mesti ada puding buah yang ada swiss roll. Oh ya, jangan lupa air oren F&N. Ini semua adalah kemestian. Jadi apabila sudah berumahtangga, saya tidak pandai mengatur hari raya sendiri. Oh tidak!!!
Tahun pertama sebagai isteri : Hari raya dengan keluarga lagi. Tapi drama hari raya bermula bila anak kesayangan emak nak balik rumah mertua. Hahahahaha... Mak merajuk. Sudahnya pagi tu kami berhari raya dengan serba tidak kena.
Tahun kedua pula saya bekerja di pagi raya, dan Mr MOTH bekerja di malam raya. Tiada persiapan hari raya sebab saya tak tahu nak buat apa. Masak kuah kacang tapi tak berapa nak jadi. Alias tak jadi macam mak buat. Pagi raya Mr MOTH balik ketika saya sedang menangis tersedu-sedu. Oh sedihnya...
Tahun ketiga, dugaan untuk kami berdua. Buku lama sudah tutup so tak mau cerita. Kami sempat pulang ke rumah ayahanda tercinta di Bota.
Dan ini tahun ke empat selepas bergelar isteri. Rumah dah cat. Hari ini dan esok saya cuti untuk kemas rumah. Kuih raya dah tempah, tak banyak pun sikit dan saya tetap akan buat kek lapis asam manis kegemaran Mr MOTH nanti. Baju raya sudah tempah dan seperti tahun lepas baju melayu Mr MOTH akan dibeli pada minggu terakhir. Tema tahun ini ditentukan oleh adik beradik iaitu purple... erggghhhh... Yang pasti tahun ini saya akan sediakan persiapan hari raya untuk rumah sendiri, mesti! Orang kata 'practice make perfect'. So, post akan datang adalah persiapan hari raya step by step. Hahahahaha!
1 comment:
sorry ye b..d bz sngat2..rasa2 jumaat gak bru dpt nk cari baju melayu d...last escort hri khamis...huhuhu
-d-
Post a Comment