Pages

Tuesday, June 26, 2012

Sejarah Melaka dan Honeymoon kita...

Sekian lama tak meng'update' blog kerana kesuntukan waktu. Rasa macam saya perlukan lebih 24 jam dalam sehari. Mana lagi hal-hal di tempat kerja, mana lagi nak menguruskan rumahtangga dan mana juga masa nak mengurus Mr MOTH tercinta.Mujur pula dia tak banyak ragam, sempat saya memasak diaok, tak sempat pun tak apa. Alamatnya kita makan di kedai sahaja.
Tapi dalam ketidaksempatan itu pun kami sempat mencuri masa ber'honeymoon' lagi. Itulah kelebihan kami, kalau pasal berjalan memang sentiasa sempat. Saya yang memang kuat berjalan ditambah Mr MOTH yang pun memang suka berjalan, hmmm... kuat berjalan kuasa dua la jawabnya. Seperti biasa kalau idea Mr MOTH, destinasinya pasti yang berilmiah dan mencungkil sejarah. Destinasi kali ini adalah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Begitu pun kami belum sempat explore semua tempat sejarah. Kalau nak explore seluruh negeri Melaka memang la tak cukup 2 hari 1 malam tu. Janjinya akan ada Melaka Part 2.
Di Jonker Street, dapat pulak topi Jepun tu...
Mula-mula kami ke Zoo Melaka. Yang menarik di sini adalah jarak untuk melihat kawan-kawan binatang tu tak jauh sangat macam kat Zoo Taiping. So, boleh la habiskan masa merenung tengok gelagat kawan-kawan tu lama sikit. Sebab dah lapar sangat, kami lunch di kafe dalam zoo sahaja. Dapat jugak makan asam pedas. Jalan punya jalan say hi kat kawan sana kawan sini, maka lawatan kami di zoo pun berakhir menjelang tengahari. Dari zoo kami ke Jonker Street. Walau pun ini bukan kali pertama kami ke Melaka, tapi tetap rasa macam tourist. Dah puas jalan di Jonker Street (sesi beli fridge magnet), kami ke tengah pusat bandar... Saya memandang sayup ke Bukit St Paul. Tapi kaki dah ketaq... hahhaa.. Namun Mr MOTH tarik tangan saya, paksa mendaki anak-anak tangga hingga ke atas. Dalam lelah tu sangat terasa usia yang telah meningkat banyak. Waktu ini saya belum 35 tahun tapi ketika artikel ditulis, saya sudah berusia 35 tahun yang gemilang. Hik hik hik... Mr MOTH seronok sebab dapat paksa saya mendaki anak tangga tersebut dan saya pula seronok sebab kena paksa. Muahahaha ( Gelak dalam iman sebab cakap suami tak boleh ingkar! )
Sebelum ketaq kaki panjat bukit
Turun bukit dengan ketaq di kaki, kami naik beca ke jeti di Jambatan Hang Tuah. Masya Allah, itu beca macam masuk marathon. Selit sana sini. Sayup perasaan. Saya pejam mata, Mr MOTH meramas tangan saya, mungkin dia sedar saya kecut perut. Sampai di jeti kami menikmati pemandangan senja sambil minum petang. Eh lupa, tadi sebelum panjat Bukit St Paul, kami makan ketang yang dipotong putar-putar, namanya squirrel potato. Sedap jugak, menakjubkan sebab saya tak pernah jumpa di tempat lain.
Dalam penat-penat tu kami naik cruise di Sg Melaka. Cheeeewahhh... rasa macam kat Sungai Seine di Paris. Yang tidak ada hanya muzik romantis sebaliknya diganti dengan penerangan-penerangan mengenai pemandangan kiri kanan sungai. Jika tidak saya pasti akan tenggelam dalam anganan berada di kota cinta itu buat seketika. Ahhh, perasan!
Malam tiba kami putuskan untuk bermalam di sana. Saya mahu berada dalam dakapan Jonker Street sahaja bagi menyemarak semula jiwa kembara ini namun Mr MOTH merasa tidak selesa pula lalu saya bawa dia ke Sg Lereh yang sering menjadi tempat persembunyian saya waktu jiwa lara dulu kala. Alangkah lain rasanya waktu ke Sg Lereh kali ini. Chalet kecilnya tetap sama namun rate jauh melonjak, dari RM45 pada empat tahun lalu (kali terakhir ke sama bersama Hann), sekarang dah RM85. Panjanglah bebelan saya pada kakak penjaga tu. Hahaha...
Cerita wisata kami tidak habis, perut saya masih belum puas. Saya ajak Mr MOTH mencari asam pedas. Tapi agenda dia lain pula, ke Umbai katanya... dalam hati saya melonjak. Yeayyyy! Dapat makan udang black pepper!! Macam biasa, saya la yang makan beria-ia.
Kami pulang ke chalet jam dua pagi. Esoknya saya paksa mata celik awal semata-mata nak tengok 'wajah alam' yang saya rindui.




Janji Mr MOTH kita datang lagi, kali yang nanti adalah trip sejarah.

No comments: