Pages

Wednesday, March 14, 2012

Memoir of Asha II

Sambungan...

Memoir 2007 dan jalan-jalan berakhir trip ke Pulau Pangkor. Ke sana dengan seorang teman. Kerana waktu itu jiwa sedang lara saya bersiap ala kadar di hari terakhir bekerja. Kenapa ke sana dengan dia? Sehingga hari ini saya juga sukar nak menjawabnya, ohhh... mungkin kerana waktu itu cuti sekolah dan sebagai guru dia pun bercuti. Hanya sebab itu.

Saya menikmati panorama waktu senja paling indah di Pulau Pangkor dan matahari terbit di Sungai Lereh Melaka. Kata orang lukisan senja di Langkawi juga sangat indah, meski ke sana berkali-kali saya belum pernah berkesempatan menyaksikannya.


 di Sungai Lereh bersama Hann. Trip 2007 memang trip jiwa lara namanya. Hahahaha

Seingat saya ; ini sandal paling saya sayang. Nine West dan sangat tahan lasak. Tapi dah putus... takde la tahan sangat. Hehehe, menemani saya lebih kurang tiga tahun rasanya. 

Pulau Pangkor ; salah satu daripada gambar ini dijadikan kulit novel The Hour Before The Dawn.  

Dan selepas trip jiwa lara, saya bertemu teman tapi mesra saya. Lama-lama teman tapi mesra pun jadi teman ada-ada sahaja. 

Hahaha... Sehingga 2007 kisah perjalanan saya. Reason saya upload semula gambar sebab 'tinypic' dah removed gambar-gambar lama saya. So sad! Hahahhaa...

2008 : Kisah jalan-jalan dengan kekasih hati boleh baca di arkib muzium blog ini.
2009 : Kisah jalan-jalan dengan suami pula sebab August 2009 sah teman tapi mesra saya jadi suami bergelar Mr Men Of The House.
2010 : Kami mengambil keputusan berhijrah ke Ipoh kerana Mr MOTH mahu menumpukan perhatian pada peluang baru di situ. Beberapa bulan sahaja di Ipoh, kami seterusnya mencuba nasib di tempat baru.
2011 : Setelah banyak sangat campur tangan dalam perniagaan di Seri Manjung, kami berhijrah ke Kuala Lumpur. 


No comments: