Pagi tadi saya baca blog Suratan Kebetulan, salah satu entry dia 'Aku Amat Kurang Gemar Kalau Wanita Berkerjaya' ... hantar anak kat pengasuh. Saya setuju la apa yang dikatakan beliau itu. Lagi pun itu pendapat dia kan. Realitinya beliau masih blom berkahwin. Hehe.. Gelak sinis sket.
Saya menulis pula kata hati saya, memang kalau boleh saya pun tak nak keje. Saya berhenti kerja pun sebab nak jaga anak kat rumah. Sebab masa anak duduk rumah pengasuh dia macam letih. Kesian kat anak. Pendek cerita saya pun berhenti.
Bekerjalah suami saya sorang-sorang bulan tu. Pendapatan suami saya tak la banyak sangat. Kalau setakat makan + susu n diapers anak + sewa rumah memang cukup. Tapi bagaimana belanja lain-lain? Duduk rumah saya tidak la diam-diam je, eventhough I'm enjoying my housewife moment dengan sepenuhnya... saya cuba cari duit sikit-sikit.
Bulan pertama duduk rumah, tiba-tiba gaji suami lambat. Huhuhu... Memang menggagau jugak. Saya
Saya call publishing comp yang saya buat part time. Alhamdulillah, ada rezeki. Bulan kedua, pun lambat jugak gaji suami. Saya call lagi mintak payment cepat. Syukur, Allah beri rezeki. Tapi bulan ketiga dan keempat saya tidak menyumbang sebab rawan lebih (alasan). Bulan kelima saya nak kerja semula sebab kami nak beli mesin baru untuk bisnes kami. Nanti kalau dah cukup duit saya berhenti semula. Pada saya cara mendapatkan duit tu tak semestinya kena keluar rumah. Duduk rumah pun boleh buat duit. Anak pun seronok sebab tak payah pergi rumah pengasuh. Bila dah berkahwin, saya dah tak mahu fikir hal kerjaya yang menuntut masa berlebihan. Kalau peril kerja pun saya pilih kerja yang pergi kerja balik kerja je. Bukan kerja yang balik rumah pun masih kena fikir juga.
Mungkin saya tak ada degree, tapi saya nak juga jadi isteri mithali. Alhamdulillah saya dapat suami bertanggungjawab, dia akan make sure ada benda makan kat rumah waktu dia keluar cari rezeki. Saya juga dah biasa ada keperluan sendiri seperti toiletries, sebab faham limited peruntukan suami, saya tukar jenama murah sikit. Kain baju kasut handbag semua suami beli bila ada duit lebih saja. Saya pun tidak la meminta sebab tau bukannya nak kemana bergaya beria. Tapi suami memang suka membeli keperluan saya. Untung la saya dapat suami macam dia.
Mungkin sebab-sebab begitu, saya rela lekas kerjaya untuk suami tercinta. Saya tak suka hidup berlumba-lumba hatta dengan masa sekali pun. Tidak bermakna saya tidak mahu berjaya. Lepas kawin saya tukar motto, saya mahu berjaya dengan suami saya. Moga berkat!
No comments:
Post a Comment