Hari ini saya demam. Suhu badan naik mendadak. siapa pun berada di tempat saya akan merasa yang sama ketika dihujani ujian seperti ini. Jauh dalam sudut hati saya merasa sayu. Saya hanya mampu doakan agar sautu hari nanti mereka merasa bagaimana yang saya rasakan.
Hidup ini satu perjuangan, saya bukan pengecut dan saya rela menghadapi getir rasa ini. Semoga Allah SWT yang Maha Mengetahui membuka pintu rahsianya, menjawab persoalan hambaNya. Saya pengen lihat rahsia itu, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa dan Dia akan membuka juga melorongkan kita dengan keputusan-keputusan yang kita ambil. Andai esok saya tidak mahu melakukannya lagi, itu semua dariNya sebagai mana Dia mahukan saya menerima ujian ini.
Waktu begini, mujur ada keluarga bersama maka tindakan saya tidak menggila. tiba-tiba juga mama bertanya kondisi saya, apakah dia merasakan kesedihan saya ketika ini dari sana? Ajal maut, jodoh dan pertemuan juga perpisahan datang daripadaNya. Saya hanya mengungkap apa yang ada di hati ini, dan kalau tidak diizinkanNya, ia pasti tidak begini. ya Allah, hambaMu ini redha dengan ujianMu. Semoga kau berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Berikan aku ketabahan melaluinya.
No comments:
Post a Comment