Sedang saya berjalan lenggang lenggok ke perhentian teksi tiba-tiba saya nampak sebuah teksi muncul. Eh eh... lagi bagus sebab tak perlulah jalan ke tempat tunggu teksi di bawah panas petang yang tak berapa panas tu. Saya pun melambai-lambai mesra ke
arah pemandu teksi a.k.a apek tu. Dan saya senyum bila teksi itu berhenti betul-betul di hadapan saya. Yeay!!!! Terbaekkk la apek ni...

Saya terus melompat naik ke dalam teksi dan duduk di atas alas kaki yang apek tu letak di atas seat dia. Apa la motif apek ni letak alas kaki bulat-bulat ni atas seat. Dan saya seperti biasa sebab dah terbiasa saya betulkan pula alas getah pelapik kaki di lantai teksi. Heheheh... Dah macam kereta sendiri pulak. Sambil memandu apek tu kumat kamit mulutnya. Saya tahu dia membebel sebab jalan tak elok.
"Ini kawasan DAP ka BN?" Sudahnya apek tu pun bertanya.
Tapi sebelum sempat saya jawab, " ini mesti kawasan DAP. Itu DAP tak bagus. Tak tau buat kerja." Kata apek tu. Eh eh apek ni... emosi pulak dia petang-petang begini.
"Tak pe la, ini tahun ada undi. You jangan undi DAP la... bagi orang lain." Cadang saya cuba membuat apek tu cool balik.
"Awak kalau mau duit undi itu BN. Mau bisnes pun senang." Kata apek itu lagi.
Saya garu kepala. Rasanya dah tiga kali saya mengundi tapi saya belum pernah dapat duit lagi dari BN. Dari mana-mana parti pun belum pernah dapat. Tapi apek ni dah tua, agaknya dia pernah dapat duit kot, al maklumlah saya mengundi baru tiga kali sedangkan apek tu mesti dah banyak kali.
"Iya ka?" Itu je la yang mampu saya jawab.
"Lu undi apa?" Tanya apek tu lagi.
"Mana boleh bagitahu saya undi apa. Rahsia." Saya jawab dengan berhati-hati. Saya takut jugak, buatnya salah jawab kang dia halau saya turun tengah jalan lak... jenuh saya nak menapak ke kedai frame yang tak kan sampai kalau saya jalan kaki.
Makanya sepanjang jalanlah apek tu berkempen pasal DAP yang tak reti buat kerja, katanya. Tapi dia tak pulak promote MCA (biasanya orang Cina akan sokong salah satu daripada dua parti ni je). Cuma apek tu cakap, "kalau wa ada power, wa pun cari duit banyak-banyak jugak. Korek sana sini cari duit, nanti wa sudah kena tolak wa ada banyak duit maaa..." Sudahnya ending apek tu. Masa tu saya rasa nak lekuk je kepala apek tu, cisss... politik kotor betul apek ni. Tapi nak cakap ape, tak kan nak terangkan bab dosa pahala pulak kat dia. Saya gelak-gelak kecik je la. Nak sembang politik ni saya tak minat sangat. Sedangkan Encik Suami yang selalu bukak ceramah politik kat saya pun saya buat keringgggggg je (padahal dalam hati ada jugak rasa menyirap sebab kadang-kadang bercanggah dengan pandangan saya, tapi sebab dia suami, berdosa oooo lawan cakap suami).
Apabila sampai destinasi, saya kasi apek tu sedas... "nanti you jangan lupa pegi undi tau!" Sebab ramai orang kat dunia ni cakap je lebih, bila suruh pegi mengundi... malas.

saya terpaksa pakai gambar pilihanraya di luar negara sebab tidak mahu mengundang sebarang tohmahan politik. hehehehe...
No comments:
Post a Comment