Sunday, January 01, 2012
2011~Selamat Tinggal
seperti tahun tahun yang dulu, tiada sambutan sekadar doa moga tahun seterusnya membawa kebahagiaan buatku. alhamdulillah, 2011 mencoret banyak kenangan manis. hadir Umar terutamanya. 2011 juga saya kehilangan dua benih yang tidak sempat menjenguk dunia. 2011 sama sahaja seperti tahun-tahun lain yang azam saya tidak terlaksana. salah siapa? diri sendiri. saya menulis dalam hati yang luluh, sedih dan pilu. malam tepat jam 12 saya bawa Umar ke balkoni melihat cahaya cantik di tengah kota. semua org meraikannya. umar tidak faham apa pun. ketika airmata mengalir, Umar hanya senyum. entah apa makna senyumannya. dan airmata terus mengalir meraikan rasa kecewa.

No comments:
Post a Comment