
Sakit kepala, oh why! Hari ni saya menguruskan 'gegurl' putih saya yang semputan semputan sejak kelmarin dulu lagi. Bulan lepas 'gegurl' dah paw saya lebih setengah bulan gaji. Bulan ini? Nak tak nak kena la tukar wire plug set tu, gegurl pulak dah lama tak servis, it's time mama; kata gegurl. Lagi pun papa selalu ajak gegurl jalan lasak-lasak, sebelum gegurl penat baik mama maintain power. Lepas ni kalau papa nak ajak gegurl berlari ke, berjalan ke... main maintain-maintain, mama tak kisah. Hehehe! Yang mama perasan, setiap 27hb, gegurl mesti nak manja-manja ngan mama...hmmm, biasa tu ek! lepas balik klinik keta, mama bawak gegurl mandi. Sekali ujan daaa... takpe lah, janji gegurl dah mandi dan dah wangi.
Sudahnya saya sakit kepala, lidah ni teringin sangat nak makan ayam goreng mcD, so sebelum balik ke rumah, saya singgah ke kedai makan abang D (mcD) untuk bawak balik ayam goreng. Hishhh... dah makan tak lalu pulak nak habiskan sebab macam tak sedap jeeee... Dah apa kena ngan lidah saya nih! Kepala sakit berdenyut tak ingat, badan pun panas semacam. Saya muntah-muntah, tekak ni rasa tak sedap sangat... rasa macam nak makan durian dalam peti ais tu je. Tapi tinggal satu ulas je lagi. Hehehehe... 'Boleh B abiskan?' dengan suara kecil D menjawab 'Makan lah B...' hehehe, saya pun abiskan. Muahahahaha....
Kepala sakit berdenyut-denyut, saya tutup tv dan bernaung dalam gelap. Dengan dua biji panadol, akhirnya saya terlelap. Tapi bila terjaga, kepala saya sakit lagi. Uwaaaaaaaa... ape ni? Selalunya tak macam ni.
Saya mahu mandi, mungkin badan panas dan cuaca tak berapa elok buat kepala saya sakit.
No comments:
Post a Comment