
caption : saya jumpa gambar dari photoshoot han ghazi dari cd lama. hehehe
Hari ini saya merancang untuk membuat kerja-kerja penulisan bagi dimuatkan ke dalam majalah. Namun saya tersilap langkah, saya memulakan dengan lawatan ke laman blog saya. Huhhh... dah bersawang. Saya mahu header baru, lalu saya pun menggodek-godek Adobe Photoshop. Sedang mengerah-ngerah idea tu tetiba disapa Affa di BB Messenger. Yang saya tanya-tanyakan sedari awal pagi tadi telah dapat jawapannya. Kesian Affa! Sang kekasih memperlakukan dia sewenang-wenang. Bagi saya lelaki itu amat pengecut, berani naik tangan pada wanita. Kalau pun ada salah Affa dan mahu mengajar, bukan itu caranya.
Kalau boleh saya memang mahu membantu Affa, seupaya daya saya mahu membantunya. Namun saya harus juga menjaga nama suami saya (nanti yang buruk nama adalah dia). Lalu saya sekadar boleh membantunya dalam kadar tertentu. Saya tahu Affa juga ada ramai teman-teman yang sudi bersamanya waktu susah dia. Saya harap Affa kuat, dan kalau boleh saya memang mahu dia menguatkan dirinya. Saya doakan dia dapat keluar dari belenggu masalah perhubungannya.
Sedang melayan Affa, datang pula panggilan dari adik saya Dada... satu lagi masalah jiwa. Dada bingkas meminta saya memadam semua archive di Yahoo Messenger!. Hahahaha... ini namanya penyakit cari sendiri. Dah terkantoi baru nak mengelabah.
Sekarang saya sedang berfikir-fikir, apa lagi saya perlu buat hari ini dek setengah hari sudah habis mengurusi blog dan permasalahan adik-adik.Kerja saya dah pun terbengkalai. Artikel tak juga siap. Perut lapar minta di isi. Sambil tu jam pula dah pukul 3ptg. Makanya sy ke dapur menanak nasi dan menyediakan hidangan tengahari sendiri. Waktu itu saya terfikirkan tentang seorang lelaki yang saya kenal. Dia marah-marah sbb isteri tak balik sediakan makan malamnya. Hairannya, sedangkan dia yang tak bekerja. Kenapa pula isteri yang di pejabat harus terkocoh-kocoh pulang lalu perlu menyediakan hidangan untuk dia ala anak raja ye. Hishhhh... Geram pula dikenangkan. Kalau si isteri dihargai dan diladeni dengan penuh bahagia tak apa juga.
4 comments:
wow~ new header...nak jugak...bole tlg buatkan??? hiks....anyway, nama mcm sama lak, masalah pun sama...haish~ kembar sy ke? anyway penulisan yang menarik~ i loike~
Hahaha... Boleh je.. Tp header affa tu cantik je kan...
nk letak gmbr...hiks~
Bleh, nanti bbm ksya bgtau nk wat cemana ek...
Post a Comment