hari masih hari penat-penat sedunia.
sejak emak tak lagi memantau segala tugas-tugas di kedai, cik asha menjadi semakin 'cepat bimbang'. macam-macam kebimbangan datang melanda. bukan sahaja bimbang tidak dapat menggalas tugas sebaik-baiknya, cik asha juga bimbang andainya 5th Avenue 'gagal' di tangan cik asha.
~namun kekuatannya masih ada, setiap kali memandang kesungguhan dan kegigihan D menemani saat-saat tidak mudah begini, cik asha menjadi semakin kuat~ semoga hasilnya dapat kami nikmati bersama pada masa akan datang. Amin.
dilla, masih di dalam wad hospital seri manjung. moga dia terus tabah mengharungi ujian dariNya. emak pula nampaknya semakin ceria disamping achik.
tadi, abah juga datang menjenguk. wah wah wah... terkedu-kedu jugalah cik asha dengan soklan dia yang bertalu-talu. huhuhuhu, semua tak dapat nak jawab. abis-abis kita corner le ke tempat lain. hehehehe!
lagi satu, dalam sibuk-sibuk bekerja. ada pula gangguan pada hati dan perasaan cik asha. seharusnya atau tidak dibimbangkan pun cik asha tidak tahu. semoga kepercayaan serta kejujuran yang ada tidak dipersia-siakan. Amin.
No comments:
Post a Comment