bolehkah kita membuktikannya?
Sayang itu datang pada bila-bila masa. Sayang itu bukan cinta kerana ia lebih manis dari cinta. Sayang itu adalah penerimaan seadanya. Sayang itu kasih yang sampai bila-bila. Sayang itu tidakkan pernah jadi racun dalam hidup kita. Dan sayang itu akan pergi pada bila-bila masa apabila ada benci.
Cinta!
Cinta amat sakit, amat pedih dan paling saya takut apabila ia hadir. Cinta itu hanya indah pada awalnya. Cinta itu hanya dimahukan apabila kita tidak mendapatinya. Cinta itu kesakitan apabila dikhianati. Cinta itu satu penipuan apabila hanya bibir mengatakan demi menjaga hati. Cinta adalah kebencian apabila tiada kesetiaan. Menafikan cinta adalah kesakitan.
Cinta atau Sayang?
Kerana cinta itu kesakitan, saya memilih sayang. Kerana cinta itu selalu meluluhkan hati juga maka saya memilih sayang.
Rupanya...
Sayang juga boleh dikhianati dan amat menyakitkan apabila kita tahu ia sebenarnya palsu.
No comments:
Post a Comment