
Macam mimpi bila Mr Najj call waktu jarum jam kat angka 5.32 pagi. Ayat pertama dia, 'B, d accident'. Aku yang mamai-mamai lagi nih tak tahu nak buat ape. Dia dah di balai polis buat report, dan adik-adiknya dah pun menyusul ke tempat kejadian sejurus lepas mendapat berita tersebut.
Dalam mamai tu aku termenung, 'accident?' Tapi tadi dia call kata kena saman kat Ipoh, macam mana pulak boleh accident? Itu yang aku fikir. Pastu aku baring balik, nak tidur semula. Dalam pada nak tidur tu, aku teringat... eh, d accident? Barulah mata aku segar semula. Call dia semula, tak dapat, call lagi, tak dapat jugak... sudahnya aku tak leh tido. Terkebil-kebil pandang kipas dalam bilik yang dah berhabuk-habuk. Oh ya, aku call Uqi... hehehe, uqi memang selalu jadi mangsa aku bila keadaan terdesak macam ni.
Aku tanya kat Uqi, macam mana condition Mr. Najj. Kata Uqi, teruk kak... kesian saya tengok, serabut gila je rupa dia. Teruk keta tu. Tapi dia bengkak-bengkak and sakit-sakit badan je.
Oh lalala... mula la aku mengelenjat. Call dia tak dapat, aku dah mula nenong-nenong. Mata yang tadi berangan nak tido dah segar semula. Sudahnya sampai jam tujuh pagi, aku tak tido. Bangun mandi serta menunaikan kewajiban. Pastu aku termenung lagi, messages aku kepada Mr Najj tak berjawab. Hmmm... aku tanya kat Uqi, tak gi hospital ke? Kata Uqi, Mr Najjj kata nak balik umah dulu. Hmmm... memang tak ada siapa yang berani cakap apa lagi kalau adh begitu keputusan dia. Aku pulak hantar message mintak Mr Najjj ke hospital, at least check... kot kot ada luka dalaman. Tapi dia kata nak balik umah jugak. Oklah, aku pun ke Fifth Avenue.
Lepas emak balik mengaji, aku cakap kat mak... Najib ada di Poliklinik Samudera. Bila mak kata, pegilah tengok, biar mak jaga kedai. Aku pun apa lagi... sepantas kilatlah aku berdesup ke Taman Samudera. Huhuhuhu... cian dia!
Keluar je dari klinik, Mr Najjj terus ke kedai gunting rambut di sebelah. Agaknya apa ada dalam fikiran dia waktu itu. Dia terus potong rambut kesayangannya sehingga botak. Tapi bila dah botak, aku mulalah pasang mata... hmmm, comel pulak. Ni tak boleh jadik nih. Huhuhuhu...
Kesimpulan daripada cerita ini adalah Mr Najib menjadi semakin comel selepas accident sekali gus membuat cik asha risau
.
No comments:
Post a Comment