Pages

Friday, April 04, 2008

Fifth Avenue!

Dalam masa yang berlari, tiba-tiba hadir Fifth Avenue dalam hidupku. Macam mimpi! Aku menjadi excited kerana ia sesuatu yang baru dalam hidup aku, tidak sabar untuk meredah perjalanan hidup bersama Fifth Avenue.
Fifth Avenue adalah nama 'baby baru' alias kedai aku di Seri Manjung, Perak. Kedai yang berkonsep cosy lifestyle ini menempatkan printing centre, bookstore and cafe dalam satu bumbung. Pada awalnya, emak sangat bimbang dengan ide aku yang dikatakan susah untuk di terima oleh masyarakat di Seri Manjung. Puaslah aku bertekak dan merajuk. Pening-pening lalat aku dibuatnya. Nyaris tak berubah jadi sesumpah pun ada.
Akhirnya, emak terpaksa bersetuju sebab aku mengugut tidak mahu bekerjasama jika ide aku tidak dipakai. Muahahahaha!! Ini kes paksaan le ni.
Disebabkan paksaan itu, maka aku harus bekerja keras bagi membuktikan kepada emak bahawa ide aku bukanlah ide picisan. Sesedap hati dia kata aku tak ada visi, nasib baik emak yang cakap, kalau makcik Tipah ke, atau makcik bedah ke yang cakap... sah sah aku sumbat mulut dia dengan signboard maxis yang tak lawa kat kedai tu. hehehehe!
Hari ini, aku pegi ambik layout signboard kedai kat designer. Nak tau ape komen emak dan Mr. Najj?

Emak - "Tak lawa langsung, mak tak suke! tak kan nak biar kosong macam tu je." Kata emak sambil memuncungkan muncungnya yang memang asyik muncung je kebelakangan ini.
Mr. Najj - "Apasal font dia gemuk-gemuk?" Katanya dengan mata yang semakin mengecil. Hehehe... chomel je!

Perghhhh... monyet sungguh komen diaorang kan. Maka dengan itu aku dera orang yang kata font pilihanku itu gemuk gemuk membuat layout baru. kekekekeke... cian dia, makin kecik-kecik mata dia. tambah pulak dengan demand emak yang .... muahahaha! no word can describe!

sekarang aku dah penat! tapi kena pegi kedai balik lepas mandi untuk susun buku. salam permisi kengkawan.

'buat mereka-mereka yang terkejut serta mempunyai banyak soklan selepas membaca post ini, anda boleh mengajukan pertanyaan ke talian telefon bimbit saya. Hahahaha!'

3 comments:

Anonymous said...

lepas tk mau komen la...kalau jawap pun..."no komen la"....

-tukang komen-

Anonymous said...

cheh..nak suruh orang kol dia la tuh..wakakakkakaka

Anonymous said...

alalalalala....

merajuk lak dia. gurau2 je sayang!

yang penting signboard b dah naik. muahahahahaha! tengok signboard ingat siapa? ingatlah seorang monyet comel/manja yang menjaga signboard. muahhhhssss, luv u darling

shai,
abih tu, kalau tak call takde la berita eksklusif! hehehehe