Pages

Friday, February 08, 2008

Kenapa orang pakai banyak-banyak handphone dalam satu masa?

Mak tanya, 'Ngah, kenapa kamu pakai dua handphone?'
Aku jawab, sebab senang nak call mak. Murah sket! (dalam hati jawab, ini nombor kaver line daaa... hahahaha!)

Mak tanya lagi, 'Tapi kenapa kamu tak pernah pun call mak pakai no 017?'
Aku jawab, 'Alamak! Kantoi daaaaa....'

Kenapa kita pakai handphone?
Senarai jawapan ini paling cliche, tapi aku nak jugak tulis...
- supaya senang anak beranak, adik beradik dan mereka-mereka yang berkepentingan dalam hidup kita nak menghubungi kita.
- supaya kita tidak lewat menerima berita-berita/gosip-gosip terbaru daripada kawan-kawan atau adik beradik.
- supaya senang orang nak mengesan kita melalui friend finder. (Ooooo, mau try ka? Jangan harap beta nak approve.)
- supaya kita boleh call kanda bintang kita. tak de la kita rasa rinnnnnnduuuu... sangat kat dia.

Tapi kan, kerana handphone juga kita boleh menyusahkan orang lain. Contohnya, kita sengaja silentkan profile mode hp sebab kita geram bila orang tak angkat call kita. Pastu kita lupa pulak nak volume up balik bila dah rasa ok. Pastu orang tu call la kita sampai 112 kali tapi kita tak dengar kerana telah pengsan tertido. Pastu orang tu risau sampai tak tido, tak mandi dan telah mengerahkan orang-orang lain mencari kita yang entah di mana. Bukankah kita telah menyusahkan orang? Bersempena hari raya cina nih, beta ingin memohon ampun serta maaf kerana telah membuatkan kanda bintang risau dan susah hati sepanjang malam.
Dengan ini beta berikrar untuk tidak akan membiarkan handphone tidak berjawab lagi di lain kali. Dan kejadian seperti malam yang berkenaan tidak akan terjadi lagi. Sesungguhnya kita ini manusia biasa yang tidak lepas dari membuat silap. Jadi untuk dua-dua kesilapan itu (jangan korang tanya apa yang lagi satu), beta memohon keampunan secara terbuka kepada kanda bintang dengan janji tidak akan mengulanginya di lain kali sepanjang hayat beta bersama kanda bintang. Peace!

1 comment:

Anonymous said...

hehehe,,nk senyum je..tk mau cakap ape2...hehehe