Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia. Sebenarnya apa yang berlaku? Tidak tahu apa yang kita mahu atau tidak bersyukur dengan apa yang kita ada?
Dalam kemahuan-kemahuan kita itu, selalu juga kita merasa perlu memberi kesenangan dan membahagiakan orang lain, terutama orang yang kita sayang. Sebenarnya ia membuat kita rasa lebih lelah dan terseksa. Apa lagi bila akhirnya kita tahu effort kita itu rupanya tidak pun membuat orang itu rasa bahagia malah dia rasa tertekan pula kerana terpaksa menerima pengorbanan kita. Lalu, seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain. Mungkin itu akan memberi kita sedikit daripada kebahagiaan yang ada dalam dunia ini. Bahagia kerana tidak melukakan hati orang.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Itu membuang masa namanya. Andai kita tahu berada lama hayat kita ada, pasti kita akan merangka... berapa tahun boleh aku tunggu. Tapi di ketika kita ini yang tidak tahu bila janji kita kepadaNya pula, patutkah kita menunggu bahagia?
Kadang-kadang kita lupa, apabila ada waktu untuk memikirkannya... fikirlah masak-masak dan sedalam-dalamnya.
No comments:
Post a Comment