Dedikasi buat ahli-ahli mesyuarat tingkap yang membincangkannya. Sorry for taking too much time untuk memikirkan kupasan terbaik. Sesungguhnya, as a human, hak aku memperkatakannya adalah terbatas. Siapa aku untuk menghakimi (kita bukan nak menjadi hakim kan?) dan aku tidak punya hak mengupasnya atas nama penulis. Ia hanya sekadar pendapat peribadi seorang Tuan Puteri Semut yang sungguhlah blur! Daaaa...
Situasi bagaimana sering kita bayangkan sebagai ‘paling tagik’ dalam hidup ini?
Pastinya jari-jemari kita tidak kan cukup bagi mengira berapa banyak situasi tragik yang boleh kita bayangkan. Mengapa ytidak menyebut satu daripadanya; situasi yang di anggap taboo oleh banyak orang tidak kira lelaki atau wanita.
'ku mencintaimu lebih dari apa pun
meski pun tiada satu orang pun yang tahu…’
Kekasih gelap, second person, orang ketiga, the other party atau apa saja. You can named it as what you want it! Bayangkan andai terperangkap dalam situasi yang satu ini. Adakah ia cukup tragik untuk sebuah kehidupan anda? Ada orang yang berkata ; ‘tiada yang salah… kan cinta itu buta’, ada yang berkata ‘apa pun alasannya, ia sebuah kecurangan yang tidak sepatutnya berlaku atas nama cinta’. Dan statement paling kejam yang pernah ke udara dan kudengar adalah, ‘hanya kerana mengikut kata nafsu!’.
Apa pandangan anda mengenai pihak lain yang muncul dalam sebuah perhubungan? Siapa kita untuk membincangkannya? Jika tidak hari ini mungkin esok lusa kita akhirnya terperangkap dalam situasi sama. Namun salahkah kalau kita mengintepretasikannya dalam erti kata kita sendiri sebagai sebuah pandangan, sebuah pendapat peribadi yang naif, yang tidak semestinya betul atau kalau hendak dianggap shallow opinion pun, whatever!
Topik ini dibahaskan oleh ahli mesyuarat tingkap pada pertemuan lalu. Menarik namun aku mengambil masa yang sungguh lama bagi memikirkannya. Agak komplikated namun akhirnya kutemui jalan keluar daripada kesulitan pemikiran ini.
Siapa pun kita, atas pangkat apa pun kita berada dalam sebuah percintaan; kita bertanggungjawab dengan nama sebuah perhubungan yang kita izinkan terjadi dalam hidup ini. Ia tidak akan terjadi tanpa kemahuan kita sendiri. Don’t ever tell me that you can’t see it when it’s coming! Sebenarnya ia tidaklah sukar melainkan apabila adanya rasa bersalah kepada plantif alias pemilik cinta pangkat pertama. Perasaan bersalah inilah yang menjadikan hidup kita lebih dramatik. Tidak mahu jadi orang jahat, tidak mahu membuatkan orang lain terluka dan tidak mahu menjadi perawan cinta. Sedangkan kita sedar akan semua itu waktu menghayati cinta dengan kekasih/suami/tunangan orang buat pertama kalinya. Kita menidakkannya atau mungkin juga sengaja melupakannya kerana kita mahu berlaku nakal dan menganggap ianya sekadar sementara. It’s a big thing, actually! Inilah yang selalu dikatakan orang, mula-mula main api dan kemudiannya terbakarlah diri.
Main api itu sama seperti kita main bunga api. Cantik sungguh gemercik dan cahayanya, dan kala kita leka hingga lupa mengawal kadar maraknya api di bunga api, kita terbakar. Sama ada sehingga hangus atau sempat pula kita memanggil bomba, terpulang kepada nasib kita sendiri.
Tidak guna menangisi nasib melainkan bertanggungjawablah dengan apa yang kita lakukan. Kita harus berani. Sama ada menang atau kalah, ia hanyalah sebuah kehidupan. Sakit hilang kekasih gelap sama juga seperti sakitnya hilang kekasih terang. Bahagia dengan kekasih gelap sama juga dengan rasanya bahagia bercinta ‘solo’. Jadi apa bezanya? Setiap pertanyaan pasti ada jawapan. Andai kekasih kita itu masih bujang, belum ada komitmen… keadaaan masih boleh dimaafkan (sekadar menyedapkan artikel ini; jawapan sebenarnya whatever it is – just let it go if you’re not brave enough). Namun kalau cinta kita jatuh di dalam kawasan larangan – total milik orang; the other party ada hak milik tau – maka kita harus memberi konsiderasi kepada caci maki pemilik hak itu. Itulah risikonya. Dan itulah satu-satunya beza andai kita menjadi kekasih gelap. Rasa bercinta dan rasa putus cinta sama tidak kira kekasih gelap atau kekasih terang namun lebihnya kekasih gelap apabila dia boleh diserang bila-bila masa sekali pun sebagai risiko. Dare to play with it? Tepuk dada tanya selera.
Apakah kriteria yang harus ada kepada seseorang untuk jadi kekasih gelap?
Obviously; harus berani. Risk taker!
Adventurous.
Memahami; Upppsss… Jangan sesekali andai kalian mahu hidup lama di muka bumi ini. Takut keras kejung waktu memendam perasaan sendirian.
Punya kesibukan yang maksima menguruskan karier atau apa saja selain percintaan – ia sebagai ‘twist’ bagi mengelakkan percakaran 24/7.
Pesimis terhadap tanggapan orang.
Pandai menghargai kebahagiaan meski pun dalam saat-saat genting.
Not holding grudges.
Dramatik.
Mungkin ada lagi kriteria yang lain namun cukuplah yang ini; pun sudah agak susah untuk memenuhinya kan? Lalu, akan berjayakah sebuah percintaan gelap? Lima daripada tujuh ahli mesyuarat tingkap yang hadir mengundi ‘tidak’ sebagai jawapan. Kata mereka, mustahil kan berjaya melain pihak pertama mengundur diri atau secara teknikalnya hilang daripada babak-babak percintaan ini seterusnya. Bak kata mendiang Puteri Diana, ‘the space are too crowded for three of us’. Siapa pun kita untuk menafikan kemungkinan yang ada.
Kesimpulannya? Kita tidak membincangkan sama ada salah atau tidak si ‘kekasih gelap’ (kerana siapalah kita untuk menghakiminya), sebaliknya sanggupkah kita apabila berdepan dengan situasi tragik ini? Adakah kita punya pilihan andai ia datang kala kita tidak menyedarinya? Ohhh, tidak mungkin kita tidak sedar melainkan alasannya adalah ‘status’ si kekasih. Namun tanpa alasan ‘tidak tahu status’ itu, kita tidak boleh lari daripada bertanggungjawab terhadap perasaan kita sendiri. Kalau tidak berani atau tidak sanggup berdepan risiko sama ada kecewa akhirnya atau risiko lain yang dibincangkan di atas; maka – please draw the line. Jangan dok nyanyi-nyanyi ‘what if I had never let you go’.
Andai waktu cinta sedang bersemarak, kasih mengharum dan rindu mengapung di udara baru kita menyedari hakikatnya kita sedang bermain api; maka… biarlah masa menentukannya kerana kebahagiaan datang untuk dikecapi bukan untuk ditolak. Jangan takut kehilangan cinta demi sebuah ego dan resolusi untuk menang.
Cinta membuatkan kita rela mengharungi apa sahaja. Maka, selamat berjuang (tidak kira dengan diri sendiri atau ‘madu’ anda) kepada sesiapa sahaja yang melaluinya. Bagi yang masih belum merasakan, jangan menilai kerana anda tidak berhak menilainya. Untuk kalian (apabila masa itu tiba!) – Positif, kerana cinta tidak kira apa pun pangkatnya adalah untuk membuat kita bahagia. Andai sebaliknya – just walk off. Jangan takut hilang cinta sebaliknya takutlah melukakan perasaan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment