Video klip ini tiada kena mengena dengan artikel di bawah atau pun berkaitan dengan hidup Tuan Puteri Sedih... eh silap, Semut! Hehhehe...
"Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan. Namun, ia hadir kerana ketentuan. Jika ia sebuah cinta, ia tidak kan hadir dengan kemewahan dan kebendaan. Namun, ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan."
Siapa sebenarnya yang menjadi penentu bahawa cinta itu ada? Atau soalan lainnya, layakkah orang lain selain pasangan yang bercinta itu menyatakan sesungguhnya si polan itu benar-benar jujur atau tidak?Manusia terutama wanita seringkali terperangkap dalam situasi di mana perasaannya luka tanpa sengaja. Dan sakitlah jiwanya kerana yang melukakan itu bukanlah kekasihnya. Semuanya gara-gara kerana wanita itu memang ada sifat 'manis tak menentu' seperti perkongsian. Apatah lagi dengan teman-teman. Perkongsian ini sering pula menjadi kemelut. Yang paling dibenci lelaki adalah ketika kekasihnya pulang dan bertanya, "adakah kamu memang mencintaiku, kerana kata temanku... kamu seolah-olah tidak mencintaiku.Kerana kata temanku juga, kau lebih mencintai dia... kerana dia lebih cantik, lebih manis,lebih kaya, lebih pintar, lebih hebat... bla bla bla...". Apakah dengan membariskan 'I think...' akan membuat kita rasa hebat, membuat kita rasa kitalah yang betul?
Salah siapa jika situasi ini terjadi? Semua orang mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat atau meluahkan apa yang dirasa. Lalu adakah semua orang punya hak untuk melukakan perasaan seseorang dengan pandangan-pandangannya?
Kenapa ya? Kenapa kita selalu merasakan diri kita hebat, selalu merasakan diri kita betul dan selalu alpa untuk memandang terus ke bumi. Hidup ini penuh dengan kemungkinan. Kemungkinan kita bakal kalah dalam sebuah percaturan, mungkin perhitungan yang silap dan kemungkinan yang tidak mengikut 'rules' kita itu sebenarnya betul.
It should be like this! Adakah hidup ini mempunyai manual yang selama ini tersembunyi. Manual yang membuatkan hidup manusia PERFECT?
No comments:
Post a Comment