2008 dah nak dekat... mari kita singkap 2007 dalam hidup seorang Tuan Puteri Semut. Terlalu banyak yang terjadi, terlalu banyak untuk kutinggalkan.
~ Blog ini dulunya bertajuk 'Survivor Journal'. Yeah, akulah survivor yang sejati. Hehehe... perasan tu. Kemudian ku tukar menjadi Tuan Puteri Semut sebab 'keperluan' aku bertukar alamat blog pada satu ketika. Asalnya wujud nama Tuan Puteri Semut sebab masa kecik dulu aku selalu bercakap dengan semut. Kekonon semut-semut tu rakyat aku lah. Aku selalu perasan yang aku ni tuan puteri. Alah, imaginasi bebudak.
~ Berhenti kerja. Paling drastik. Sebenarnya aku stress sangat. Waktu kerja huru hara. Life aku pun jadi huru hara sama. Party sana sini. Perangai makin lama makin menjadi-jadi. Dapat pulak masa tu tak ada siapa yang nak larang, so aku pun ala-ala kambing terlepas kandang la. Sudahnya selepas dileter-leter oleh mak bapak, ditambah oleh pikirkan kepenatan yang amat sangat, maka aku pun gagahkan diri menghantar surat resign. Susah sangat nak buat keputusan sebenarnya. Aku yang sememangnya jenis takut membuat keputusan, akhirnya berjaya menyelesaikan satu perkara. Rindu memang rindu dengan life happening, tapi aku rasa sungguh tenang sekarang ni.
~ Pindah dari rumah Uda. Susah sebenarnya duduk dengan mak sedara aku yang sorang ni. Alasan berpindah ke rumah Uda dulu adalah kerana rumah aku yang tidak selamat ditambah kehappeningan aku sendiri waktu tu. Apabila aku dah ok sket, dah tetap hati sket, disokong pulak dengan keadaan Nashwa yang asyik sakit memanjang, maka ide nak menjaga anak buah aku yang sorang ni pun datang. Boleh juga aku berlatih-latih sebelum cita-cita aku nak bukak Taman Asuhan Kanak-kanak tercapai. Aku pun pindah dari rumah Uda.
~ Kasih tak kesampaian. Nak sampai cemana kalau dah berrumah di tepian pantai. Sampai masa, ombak datang... rumah aku pun roboh. Macam-macam kisah. Penat!
~ Tutup buku zaman huru hara. Ramai yang tidak puas hati sebenarnya. Sebab aku dah tak nak lepak. Aku senyap je dok kat rumah sensorang. Bukan senang aku nak tukar rentak tapi alang-alang buat biar betul-betul. Ramai juga yang tuduh aku dah menyombong. Biarlah apa orang nak kata.
~ Lawak-lawak-lawak; Setiap kejadian ada hikmah. Kisah yang satu ni mengajar aku bahawa setiap soalan ada jawapannya. Kata orang, ketika Tuhan berikan kita hujan... alangkah sedihnya rasa. Tapi rupanya selepas hujan dia berikan kita mentari dan ada pula pelangi.
~ Ubat... dialah pengubat jiwa aku yang tengah lara masa tu. Terbuai-buai la kejap. Macam dah jatuh cinta je gayanya. Memang la asalnya nak main api je. Baik dia juga aku. Kadang-kadang aku pun jadi tak faham cemana la aku boleh terpikat. Adakah kerana dia memang terror memikat atau aku yang mudah sangat cair? Makin lama hati makin suka, sehari tak dengar suara hidup aku rasa tak lengkap. Dia jadi orang penting dalam hidup aku. Sudah jatuh cintakah aku? Hari ni dia tanya, kenapa aku sayang dia. Sebabnya; dia tu macam-macam sangat. Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Manja, kuat merajuk, suka marah-marah - boleh garu kepala aku dibuatnya. Tapi sifat-sifat dia tu la yang lagi memikat hati aku. Makin aku sayang sebab kadar keprihatinan dia sungguh tinggi. Tanpa aku sangka, aku yang keras batu ni pun pandai jugak bermanja ekk... Muahahahaha.
Apa lagi ye yang dah berlaku sepanjang 2007 ni ekk? Ada masa lagi untuk aku fikirkan dan kenangkan kembali. Nanti kalau ada yang tertinggal, aku update lagi yeah. Oklah. Daaaa!
1 comment:
hmphh..yg last tu jawapannye yek...thanks dear...(manja yek?)
Post a Comment