Pages

Thursday, October 25, 2007

Atas Nama Cinta

aku wanita yang punya cinta dihati
ada diriku dan dirinya dalam hidupku
mengapa terlambat cintamu t'lah termiliki
sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

mengapa yang lain bisa
mendua dengan mudahnya
namun kita terbelenggu
dalam ikatan tanpa cinta

atas nama cinta hati ini
tak mungkin terbagi sampai nanti
hingga aku mati cinta ini hanya untuk engkau

atas nama cinta
kurelakan jalanku merana
asal engkau akhirnya denganku
ku bersumpah atas nama cinta

Lawaknya dengar lagu nih, jadi lawak sebab semalam aku tengah feel layan lagu ni tetiba pandang kat sebelah kan, ada orang tu dah muncung... rerupanya dia tengah angin, aku pulak boleh layan lagu. Cisss... dah muka dia cemberut cam monyet kena gigit telingakan, terpaksa lah aku berenti layan lagu. Dia tu kan, meneruskan aktiviti muncung memuncung, ikat ngan reben kang baru tau. Dan untuk julung-julung kalinya, aku telah ditinggalkan di depan rumah tanpa pamit. Uwaaaaa... tu pasal kena tulis dalam blog, hari ini dalam sejarah. Ahaksss, padan muka aku.
Hari ini, aku bangun tidur lewat. Kat dahi dah bertanda sebab semalam aku picit dahi banyak sangat. Dada kata, boleh le pegi sembahyang kat kuil, cehhh... sadis sungguh pompuan berpantang nih.

----- stop kejap, nak ikut hedri keluar. Daaa!

Meh nak sambung dengan topik baru yang hangat diperbincangkan oleh ahli mesyuarat tingkap tengahari tadi. Tajuknya ~ Kenapa mesti hipokrit pada diri sendiri?

Percaya tak, lapan daripada sembilan orang mengaku hipokrit pada diri sendiri. Seorang sedang memikirkan, sama ada dia hipokrit atau tidak selama hari ini. Dan seorang lagi pulak, dengan tegasnya mengatakan dia sentiasa jujur pada dirinya sendiri. Biasalah, minoriti memang selalu kena belasah. Daripada topik Kenapa mesti hipokrit pada diri sendiri terus jadi topik sejauh mana kita jujur pada diri kita sendiri.
Jujurkah kita pada diri sendiri? Aku mengaku siang-siang, kengkadang memang aku tidak jujur pada diri sendiri, tapi tengok keadaan la. Kalau aku rasa penting untuk berlaku jujur, aku akan dulukan diri aku tapi kalau aku rasa boleh tipu sunat kat diri sendiri... hehehe! Diri sendiri pun kena tipu. Nasib daaa...
Kenapa mesti kita tipu diri kita sendiri? Sebab kita seorang yang hipokrit. Contoh paling senang, kita tahu seseorang itu sudah menyakitkan hati kita tapi kita kata 'ahhh... dia tak sengaja tu!', kita deny akan kemarahan kita kerana disakiti. Itu kan namanya tidak jujur pada diri sendiri. Why not kalau bila kita rasa sedih atau rasa sakit hati, kita biar diri kita melaluinya... jangan kata tidak. Jangan menidakkan apa yang kita rasa. Kesannya amatlah buruk. Apabila kita hipokrit pada hati dan perasaan kita sendiri, kita ibarat menipu. Memula memang kita tipu diri sendiri tapi lelama kita akan menipu orang pulak... kengkonon nak jaga hati orang, tapi kita tak sedar daripada menipu orang yang kita panggil tipu sunat itu akan menjadi satu masalah lebih besar. Kita tipu dia, pastu dia yang tak tahu cerita sebenar akan membuat satu tindakan lain daripada sepatutnya dia buat. Sudahnya kita salahkan dia sebab dia tidak faham perasaan kita. Eh eh, dah kita tak bagitau dia, kita harap dia faham sendiri. Cemana la orang nak baca apa yang ada dalam hati dan kepala kita. Cemana orang nak tahu apa kita rasa kalau kita tak bagitau. Kita marah orang sebab orang tu tak faham-faham perasaan kita sedangkan kita sendiri sebenarnya tak tahu apa yang kita rasa. Kita kata 'it's ok', tapi sebenarnya kita tak ok. Itulah namanya hipokrit pada diri sendiri.
Jangan panik kalau tetiba anda sedar yang anda telah berlaku kejam pada diri sendiri... masih belum terlambat untuk mengubahnya. Gunakan terapi yang dicadangkan oleh kengkawan Cik Timah, kata diaorang pada akhir perdebatan ... cara paling senang, lalui apa yang kita rasa. Kalau marah, marahlah... kalau sedih, menangislah... kalau sakit hati, pegi serang orang yang menyakitkan hati kita... kalau benci, bencilah sepuas-puas hati tapi kalau sayang, check dulu orang tu dah berpunya atau tidak (takut nanti sendiri makan hati), kalau sah dia belum berpunya atau telah selamat merobohkan ikatan kasih sayang or watever seangkatan dengannya, barulah anda boleh masuk daun... jangan main redah, nanti makan diri. Watcha!!
Pendek kata, jangan memendam rasa nanti boleh naik sewel dan masuk wad gila sudahnya.
Kepada mereka-mereka yang memendam rasa, mari kita gelakkan dia... biar dia marah pulak pada kita! Hik hik hik...

2 comments:

Anonymous said...

huru nu tuk luh cukup bunyuk sungut..subub mulut duh judu muncung...kkukukuuku(baca sambil muncungkan bibir)...kekeke

Anonymous said...

laaaa... ni apasal bercakap sambil memuncungkan bibir nih? tadi cam ok je...