
Dulu, selalu jugak aku dan adik beradik lain terpaksa menonton perlawanan bola sepak di kaca tv sebab abah. Bila besar dan ada duit beli tv sendiri, tak kuasa lagi aku tengok perlawanan bola. Ada tidak pun, sekali dua aku paksa encik joni tengok bola kat rumah aku dolu-dolu. Itu pun, bukannya aku tengok sama... sebab aku mesti tidur sebaik game start, encik joni kalau dapat tgk bola... muka aku pun dia tak nampak dah, so baik le aku tidur. Dan aku cukup anti dengan Piala Dunia kerana sepanjang bulan piala dunia tu, akulah orang yang paling kurang kasih sayang. Itu belum lagi bab dia keluar tengok bola dengan kawan-kawan dan aku tidak dibenarkan ikut sama. Cissss! Sebab itu aku tak pernah suka pada sukan bola sepak.
TAPI... percaya atau tidak, hari ini aku ikut Mr. Najib tengok perlawanan antara Perak dan Sabah di Stadium Negeri Perak kat Ipoh. Percaya atau tidak? Asha tengok bola? Hmmmmm... itulah, tak kenal maka tak cinta. Tidaklah jatuh cinta pada sukan bola sepak walau pun telah jatuh cinta pada seorang bekas pemain bola sepak SMSM. Ahaksss... Cuma, aku baru menyedari rupanya enjoy jugak ye tengok football match ni ye. Banyak yang menarik untuk disaksikan. Kalau lain kali Mr Najib ajak lagi, sah sah aku tak keberatan langsung asalkan dia tidak 'mengenakan' aku dengan memakaikan jersi sama warna pasukan lawan pada aku. Sungguh kejam!
Nasib baik Perak menang, kalau tidak 'cacat' first experience aku tengok bola match kat stadium. Perak menang 2 gol dari Khalid Jamlus berbalas 1 gol oleh Sabah. So Perak akan menentang Kedah pada perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini. First experience ini membuat aku sungguh excited untuk memandang 'yang menarik' mengenai perlawanan bola sepak yang tak pernah aku pedulikan sebelum ini. Ahaahahaha...
The Beauty of Football Match
1. Hampir seluruh tetamu stadium menyarung jersi/tshirt kuning tanda sokongan pada pasukan Perak. Dah la aku yang bertshirt England kaler merah ni nampak macam penyokong Sabah. Grrrrr!
2. Sesi 'warming up' pasukan Perak memang menarik. Kata Mr. Najib, itu memang trademark pasukan ini. Gerakan warm upnya selari macam step menari. Kagum aku!
3. Sebelum perlawanan bermula, seluruh stadium sama-sama berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama. Wahh.. patriotik nih. Tak sangka aku football match pun boleh dipatriotikkan.
4. Sebelum perlawanan juga, ada enam orang lelaki akan sama-sama memegang banner besar sangat bertulis 'Our game is a fair game'... (rasanyalah...) dan mereka berbaris antara dua pasukan yang berlawan. Maknanya istilah 'rasuah' dalam bola sepak telah dilupakan oleh pemain bola sepak negara kita.
5. Setiap kali pemain diperkenalkan, penyokong bertepuk tangan tanda sokongan. Tepuk sungguh2 tau... siap paluang gendang lagi.
6. Waktu rehat perlawanan, 10 minit je... tapi seronok sangat aku tengok gelagat penyokong Perak. Diaorang sama-sama buat 'ombak' berkali-kali. Menarik... diaorang ni pakat dah lama ke? Kenapa semua orang macam tau tau je? (awat la pandai sangat soklan aku nih?)
7. Lagu sorak yang dinyanyikan kelab penyokong juga dihafal semua orang. Makanya semua orang menyanyi bersama-sama. Aku? Kata Mr. Najib aku jadi 'terpinga-pinga'. Yeah rite!
8. Gelagat penyokong yang datang juga macam-macam. Aku yang sungguh 'pakar' bab menengok gelagat orang, pastilah seronok.
9. Ada banyak lagi... tapi aku dah ngantuk. Nak tidur. Esok je la aku upload gambar. Zzzzzzzz... gud nite semua orang. Love ya'll.
Thanks Dear bawak B ke mana sahaja D pegi. Lurve D so much. Miss you!
No comments:
Post a Comment