Pages

Monday, August 27, 2007

Cuti cuti Sayam Lagi, Sayam Lagi dan Lagi, Sayang Forever!

Hidup menjadi lebih mudah lately. Bukan tak ada masalah tapi bila hati senang, masalah pun tak rasa macam masalah. One project nearly done, i'm still thinking and make myself satisfied with this, hopefully this is the best for me... oh ya, merujuk kepada project ini ya. Pada waktu yang sesuai ia akan diajukan ke publisher yang berkenaan, tapi kalau ada good bargain for other publisher... Cik Asha akan mempertimbangkannya. I want the best for dis one. Thanks to Mr Shai, yang percaya untuk Cik Asha menggunakan gambar dia sebagai part of the project. Sokongan daripada kawan-kawan membuat Cik Asha rasa sungguh nervous dan bersemangat.
Qaseh? disebabkan terlalu terikat dengan kerja-kerja penulisan, Qaseh semakin kabur. Takpelah, selesaikan satu-satu. Disebabkan Cik Asha yang bergerak sendirian, terpaksalah belajar bersabar. Satu persatu diselesaikan sure boleh capai apa yang diimpikan. Sekali lagi teman-teman menjadi pembakar semangat. Thanks to everybody.
Dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga aku berlari-lari anak ke Taman Saleng, menghadiri majlis 'pak pung pak pung' Mr Shai. Comel je Shai bersanding ngan Nora. Cam tak percaya tengok sorang lagi kawan yang gila cam dia ni dah bersanding.
Lepas majlis Shai, Rozek bawak gi makan kat Sayam, Sayam lagi... Sayam lagi dan lagi, Sayam Forever. Hehehehehe...
Lepas makan, jenjalan... abis segala lorong belakang Rozek bawak. Ada satu tempat tu rasa macam pernah ku lihat. Rasanya macam tangga yang Shai ambik gambar. Tapi sebab malam, tak berani lah Cik Asha nak menyuruh Rozek berhenti untuk merakam gambar edisi kedua menyambung perjuangan Shai. Heheheheh...
Lepas ronda ronda, Rozek lapar lagi. Bela hantu raya si Rozek ni tau. Yam dan Farah dah surrender. Tapi kacang poll Haji K.Poll memang menggoda selera. Sedap dan sungguh mesra di tekak.
Kacang Poll Hj K.Poll adalah destinasi terkahir. Perut dah nak meletup nih! Lalu kami pun pulang. Esoknya aku kembali ke ibu kota dengan macam-macam rasa. Reason balik awal sebab nak jumpa Mr Tiger yang dah botak. Rindunya kat Mr Tiger yang malam ni tidur tak sedar diri. Kejamnya! Agaknya kalau boleh Cik Asha masuk dalam mimpi dia, memang dah kena kacau dia nih.
Mr Najib sampai lewat, dia dah penat sangat masa dia sampai tu. Kesiannya dia... tak sampai hati nak merajuk lelebih sebab dia sampai lambat. Thanks dear! Pukul 6, dia drive balik ke Manjung. Sigh! Gonna miss you a lot!
Pukul 6 jugak Along sakit nak bersalin. Abang Nua belum balik dari Penang. Dan dengan coolnya, Cik Asha menjadi ambulan bagi orang nak bersalin sekali lagi. Sampai di Hospital Sungai Buloh (yang paling dekat dengan rumah) pada jam tujuh. Jam 7.12 am Along dah selamat melahirkan seorang lagi baby gurl. Wahhh... dapat anak sedara lagi. Dasat nih, Cik Asha dengan Nashwanya, dengan beg-begnya, dengan call sana sini daripada emak, abah, uda dan segala sanak saudara yang prihatin... akhirnya terlepek kepenatan. Tengahari barulah dapat tengok baby baru. Sebab hanya Abang Nua yang sampai lewat je yang dapat masuk tengok. Baby ni lain konsepnya ngan Nashwa. Kata mak, ini klon Mak Ngah. Kakakaka... dengan rambut lebat, dengan pipi macam pau, dengan mata busat dia, hahahaha, makan ati Abang Nua sebab anak dia ikut muka Mak Ngah sedangkan dia yang susah payah 'cop' anak. Hahahaha... Besar nanti sure giler cam Mak Ngah dia, kata Abang Nua. Sakit ati le tu! Muahahahaha...
Esok, Mak Ngah akan mengiringi Along, Baby kecik dan Nashwa pulang ke kampung halaman. Pandai dia, tunggu Mak Ngah settle semua kerja baru dia keluar. Mak dan Achik akan bawak kitaorang balik. Makanya, Cik Asha akan bersiaran dari Sri Manjung mulai esok. Oklah, Mak Ngah nak tidur sebelum esok lebih kecapekan dengan keligatan Nashwa yang main menjadi-jadi. Dia tak nak orang lain dah, Addah dia jugak yang dicarinya. Kesian si kakak kecik yang tak tau apa-apa ni.
Gud nite everybody, luv ya'll.

------

Setelah selesai masa berjalan, kenapa kita harus berpaling? Dalam kesempatan yang ada, kekhilafan melupakan kita untuk menghargai apa yang dimiliki. Lalu terlewatnya masa tidak menyebelahi kita setelah hati yang dingin tidak dapat dicairkan lagi. Terusik. Namun kita perlu terus berjalan, berjalan itu maknanya ke depan. Maaf!
To him, yang pernah mengisi hari-hariku sejak empat tahun lalu... kalau dulu kau ada di situ, masihlah aku sudi mendengarnya. Jangan salahkan masa dan keadaan kerana semuanya sudah tidak ada makna lagi. Lelah sudah aku membiarkan kau meladen masa dengan bersahaja. If you really care, why don't you fight with it! Ketika hari-hari ini telah menjadi sempurna bersama kehadiran dia, bererti kau terlewat. Dan aku tidak kan berpaling. I just need an angel!

-------

Dear, Ija tanya... why i am missing you so much? Jawapnya, kau buat aku tersenyum dan ketawa. Sebagaimana kau rasa bahagia aku juga merasakan yang sama. Semua yang sukar menjadi senang dengan canda tawamu, dengan pujuk dan rayu dengan kasih dan rindu. Thanks My Mr Tiger yang notty. Jangan macam-macam ekk!

------

Gambar-gambar ini dirakam oleh kamera Cik Rozek. Thanks Rozek!

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Si Kenit kesayangan Rozek dan Yam yang sungguh lah suka pada perkakasan milik Asha. Bukan sahaja skirt malah kaki dan barang mekap pun dia suka. Kenit oh kenit! Cam tiger yang comel pun ada. Hehehhe...

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Di rumah Rozek, Cik Asha yang berbaju kurung baru.

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Darling Nasi Ayam???

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Especially for Shai dan Nora, semoga bahagia selalu dengan rakyat jelata yang sedang diusahakan. Ehehehhee... Make sure they are sweet cam both of you.

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Sibuk nak gossip jugak tau! Ini waktu Shai mengorek cerita pasal Jaan.

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

... Tak pernah kuragu dan selalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Tajuk : Pak Pung Pak Pung!

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Oh Hj K.Poll!

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Pengantin tu tak reti duduk diam!

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Kacang Poll Haji K.Poll

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

Cik Asha dan Cik Rozek yang dah gelong!

P/S untuk Mr Najib : Cukup panjang ke D? Ke nak panjang lagi? Kekekekkee... Lurve you, miss you, mmmwaahhhasss. Balik kerja karang lalu depan rumah ekk, nanti B kasi flying kiss. Ahakssss...

No comments: