Ada satu orang je dalam dunia ini yang 'tak makan saman' dengan Asha. Kadang-kadang kalau dia ikut jugak cakap Cik Asha, itu pun dengan muka bebal dia la. Nampak sangat terpaksa. Dalam dia ikut tu, semua orang boleh tahu yang dia rasa sungguh 'unsatisfied' kerana terpaksa mengalah. Tetapi sebab Cik Asha adalah kawan baik alias musuh alias kaunselor alias tukang ramal; eh... pendek kata semualah jawatan yang Cik Asha sandang - terpaksalah dia ikut jugak cakap Cik Asha. Gandingan mantap Cik Asha dan Puan Nurliza jangan diperlekehkan, hehehehe... kami boleh menggoncang banyak kawasan terutama kawasan berpaya, kawasan berbukit dan kawasan-kawasan pendalaman. Kadang-kadang kawasan padang jarak padang terkukur pun boleh tenggelam. Tiga tahun lebih, Cik Asha tidak sempat memperuntukan masa untuk Ija; si penyimpan mohor-mohor besar dek kerana sibuk dengan majalah dan aktiviti sosial yang tidak masuk akal. Hehehehe... Tetapi Ija tak pernah berubah, tetap macam tu. Sepanjang tiga tahun tu juga, Ija tetap 'keep the track' dengan life seorang Asha. Dan ada satu orang je dalam dunia ini yang tahu every single thing in my life, yeah... she's the one. Ija!
Ada satu orang je dalam dunia ni yang boleh buat Cik Asha memandu ke Pusat Bandar Damansara semata-mata untuk say 'hi sayang!' kepadanya. Sasau sungguh, orang tu adalah Abang Pitt Cik Asha. Hehehehe... it's true, kalau rasa marah, rasa sedih dan tak tahu apa yang dirasa sebenarnya - Abang Pitt lah pengubat jiwa lara.
Yea... hari ni Mr Najib saja hantar gambar Abang Pitt nak kasi Cik Asha tak marah bila dia bz. Kekeke... taktik apa ni?
Hari ni Cik Asha agak gloomy. Cam takde mood je... Agaknya sebab ini pertama kali Cik Asha simpan kuku panjang kot, kekeke... masuk akal tak? Balik dari dinner dengan Ija, Cik Asha pun mulalah bergulung kat atas kerusi. Takde mood sangat. Sudahnya tertidur. Dalam mamai antara jaga dengan tidur Cik Asha menjawab sms... kekeke... rupanya org yang disana pun sama, mamai. Dua orang mamai yang main sms. Lastly, bangunlah jugak Cik Asha yang kemudiannya memvacum rumah dan mengemas permainan Nashwa. Dah bangun tidur, Cik Asha pun jadilah burung hantu semula. Sambil siapkan bahan untuk presentation esok, sambil memujuk Mr Najib makan. Si Tiger yang chomel ni lapar tapi malas nak bangun. Eiiii... geram! Sebab geram jugak, hilanglah mood gloomy Cik Asha.
Mata dah mengantuk balik ni. Makanya lebih baik Cik Asha tidur sebab esok ada presentation. Sebelum tidur, kita buat cd pirate dulu. Hehehehe... Oklah, gud nite everybody. Take care and luv ya'll.
-------
Song dedicated by Mr Najib to his Baby.
No comments:
Post a Comment