Pages

Thursday, July 19, 2007

Resipi

Kadang-kadang susah nak memuaskan hati semua pihak. Sementelah kita tidak ada responsibiliti terhadap apa yang orang lain rasa atau orang lain fikirkan, maka saya mengambil keputusan untuk just being myself. Saya gembira dengan diri saya dan tidak akan rasa sedih kalau orang marah/geram/tak puas hati atau sakit jiwa bila melihat saya. Saya tetap dengan cara saya dan tidak akan mengubah apa-apa demi memuaskan hati orang lain.
Disebabkan saya baik hati, di sini saya sertakan sedikit tips untuk anda cuba bagi memenangi hati orang yang anda sayang mengikut cara saya. Itu pun kalau orang yang ingin dimenangi hatinya itu memang 'peminat' Asha le. Semoga berjaya! Selamat Beramal!

ASHA


Bahan-bahan

L'occitane Lavender Tea Trea Geranium Foaming Bath
SK II Whitening Source Dermdefination
SK II Facial Treatment Essence
Red Earth Lacy Afternoon-Eternal Imagination Eyeshadow Pallete
Chanel Chance Eau Fraiche
Anna Sui Lip Color Collection MD II
ZA Two Way Foundation
Laura Mercier Tinted Moisturizer SPF 20
Estee Lauder Pleasure R.Toledo Special Edition
365 Days A Year of Romance
Sepit Rambut Hitam
Hoola Hoop Earing
Casio Woman Watch
The Body Shop Sandalwood Home Essential Oil

Cara-cara membuatnya

Kumpulkan kesemua koleksi barangan ini. Gunakan sebagai rutin harian. Pastikan anda selalu mengalah dan memberi kemenangan kepada sang kekasih. Sebab bila dia menang, dia senang hati. Mengalah bukan beerti kalah, nanti-nanti di lain masa anda akan menang. Masak tiap-tiap hari supaya dia tak ingat kat orang lain dah. Kalau dia ingat jugak, hempuk je dengan kuali. Kalau dia membebel, dengar je... lepas tu buat lawak bodoh dan muka tak tahu. Senyap la dia lepas tu. Maafkan semua kesalahan dia kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Terima dia seadaanya. Untuk memenangi hatinya, berikan seluruh genap pelusuk hati anda yang ada. Biar dia buat keputusan dalam apa juga hal. Setiap hari istimewa (tak kiralah hari kucing beranak ke, hari dia ngorat orang lain ke, hari anda jumpa dia di rumah dengan aweks lain ke )tulis surat cinta dengan kata-kata nan indah untuk mengingatkan dia saat-saat manis itu. Setia, jangan sesekali ada kekasih lain, dia ada kekasih lain tak pe. Biarkan dia, sebab nanti kalau break up, dia yang salah. Akhir sekali, saya doakan semoga anda berjaya.

Free Image Hosting at allyoucanupload.com

No comments: