Pages

Thursday, June 07, 2007

Mengejar Mimpi

Di bawah remang senja itu, cahaya jingga berbalam-balam. Sungguh indah walau ketika itu hati Tamaela tidak senang, gundah dan rasa resah. Di hujung horizon, Tamaela nampak lebih resah pada wajahnya yang sedang berdiri di gigi air. Ada apa dengan dia? Tamaela membelek-belek lagi, mungkinkah bila ku bertanya pada bintang-bintang dan bila ku mulai merasa bahasa kesunyian. Sekali lagi terbayang di wajah Tamaela, memikirkan dia pula. Ahh, betapa berkecamuknya gundah di hati dia. Tamaela tidak tahu apa difikirkan si anak di bawah lembayung Venus itu. Tamaela berjalan perlahan-lahan, tidak ke arah dia itu tetapi menghala ke hujung pantai yang meletakkan bongkah-bongkah batu besar. Terkesan si resah dengan senyuman itu menggoncang hati Tamaela lalu dia terus memikirkanya sambil masa berjalan. Sekuntum bunga cina nan putih singgah di hujung kaki Tamaela, ohh… besarnya tersergam pohon bunga cina itu. Sekumpulan anak remaja sedang asyik membakar ikan, sotong dan udang di bawah pohon cina. Bersiponggang senyuman tanda kegembiraan pada wajah mereka. Tamaela meninggalkan raut kegembiraan anak remaja itu dan kembali pada keresahan seseorang di gigi air tadi. Gagal dia melupakan si resah itu. Serasa dia mahu berlari memeluk dan mengusap keresahan yang bermain di tubir senyuman dia itu. Alangkah indahnya senja andai si resah itu terus tersenyum senang.
Belum pun tiba di kaki bongkah batu, rona jingga telah pun hilang berganti kelam. Jauh sungguh langkah disusun, rupanya tidak sempat jingga menanti tibanya Tamaela di bongkah batu. Tidak sabar sungguh si jingga ini, tidak mahu pula dia menanti… gerutu Tamaela sendirian. Tamaela yang berpatah kembali ke pantai tadi, tidak lagi dapat mengesan lelaki di gigi air. Entah kemanalah perginya dia dengan keresahannya. Sadarkah aku yang berjalan dalam kehampaan, terdiam terpana terbata. Semua dalam keraguan. Tamaela mengeluh dan terus menyusun rentak kaki yang perlahan. Aku dan semua, yang terluka kerna kita. Aku kan menghilang, dalam pekat malam lepas ku melayan. Biarlah ku bertanya pada bintang-bintang tentang arti kita… dalam mimpi yang sempurna.

2 comments:

nao said...

Suatu nama yg UNIQ!!! Tamaela...errmmm berbakat nie!
teruskan menulis. :D

Permaisuri Semut said...

thanks nao, i will.