Bercerita mengenai paksaan, aku adalah salah seorang manusia yang tidak suka disekat, dipaksa atau disuruh-suruh. Kalau mahu aku mengconsiderkan sesebuah permintaan, silalah beri aku ruang untuk membuat keputusan sendiri. Aku akan jadi seorang manusia lain andai 'diperintah' untuk melakukan sesuatu yang tidak aku relakan. Kiranya ditemukan dengan mereka-mereka yang tahu menghormati hak aku, dengan mereka aku akan menjadi seorang manusia paling memahami, paling mengerti dan paling senang untuk mengatur komunikasi. Aku akan berasa sungguh senang hati melakukan apa sahaja yang mereka mahu aku lakukan. So, take it as a compliment apabila aku sudah mengatakan ya. Tidak mudah sebenarnya, kerana aku tidak akan melakukan sesuatu perkara jika aku tidak mahu melakukannya. Sama juga andai sebaliknya, aku akan menghormati permintaan dan kemahuan orang lain sebagai balasan. Sepertimana aku tidak suka dipaksa, aku tahu orang lain juga tidak suka dipaksa. Maka wahai dunia... aku merayu, janganlah memaksa orang. Setiap orang ada hak mengatur keputusan sendiri. Semua orang ada kemahuan mereka sendiri. Jangan menyekat apa yang ingin orang lakukan, bayangkan jika anda berada di tempat mereka... tak rasa rimas ke andai itu ini dipertikaikan?
Hahahaha... tengok! Aku dah merepek tah kemana-mana. Semuanya gara-gara emak paksa aku beli bunga warna biru. Mana ada bunga warna biru! Sedangkan hantaran ni untuk Dila, bukan aku yang nak bertunang pun. Kakakakaka... sia sia airmata. Tapi at least, i have my own right sebagai event cordinator.


No comments:
Post a Comment