Uihhh... berpoluh den. Macam-macam terjadi semalam. Tiba-tiba aku terpaksa balik ke kg kerana Jaan balik sorang. Dengan keadaan dia yang penat sesangat tapi menidakkannya, aku tak mahu duduk diam di sini dalam rasa susah hati yang amat sangat memikirkan perjalanan pulang dia seorang. Sudahnya jam 4.30 pagi kami berangkat dari Jalan Bukit Bintang ke kampung halaman. Seperti di duga, dia bukannya larat sangat, hujan lebattttt dengan situasi jalan yang tidak memberansangkan, dia terpaksa memandu perlahan. Penat-penat pun dia yang bawak keta jugak, bertuah kalau dia nak bagi aku bawak. Akhirnya dia dah tak larat sangat kot, sampai di Hutan Melintang dia bagi jugak aku bawak. At least aku yang dah tidur sekejap sebelum tu tidaklah sepenat dia. Kami tiba di hadapan rumah aku tepat jam 7.34 pagi. Mak tak ada di rumah, belum balik dari Ipoh. Yang ada dua orang adik-adik bujangku yang tidur tak ingat dunia. Puaslah aku menggendang pintu rumah, akhirnya si bongsu yang jaga. Adoiii!!! Dari jam itu, aku tidur sehingga tersedar apabila emak pulang lebih kurang jam 11 kot. Hehehhehe... masuk bilik air, kemudian emak melaung kata ada kawan aku naik wira warna biru datang. Eh, siapa pulak? Setahu aku tiada kawan aku yang berkereta wira biru? Aikkk... aku keluar dari bilik air, belum mandi nih. Ohohoho... santa claus nama Zu Farnim datang. Ayoyoyo... Alamak! Aku try cool. Mak dah tanya soalan-soalan maut. Abislah aku kali nih. Aku cakap kat Zu, kejap ye.. nak mandi kejap then kita cerita. Dia pun nampak ok je walau pun aku nampak dia resah sangat. Aku seboleh mungkin cuba act cool. Dalam hati Tuhan aje yang tahu.
Dah mandi ala kadar (saat genting mana boleh mandi suka-suka hati). Kami keluar ke sebuah lokasi lebih aman. Berbincang, bersembang dari hati ke hati. Aku tak tahu kuasa apa yang menguasai aku dan dia. Dua-dua boleh cool! Balik dari sesi hati ke hati selama lebih dua jam, yang menyambut di rumah adalah soalan maut dari mak sekali lagi. Adoiii!!!!
Sudahnya, sepanjang hari hingga ke malam aku macam cacing kepanasan. Tak tahu pada siapa nak aku ceritakan. Kalau ada orang nak aku ceritakan pun, tak tahu macam mana aku nak mula. Sekarang ni hati aku terbelah, wanted to say yes or no. Sama ada aku berani atau tidak.
No comments:
Post a Comment