Ini post pertama dari tanah Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Semalam pulang ke sini bersama Dilla. Jam 11.30 malam kami bertolak dari Kepong. Dilla memandu setelah melihat aku begitu parah dengan tekanan perasaan yang melanda. hehehhe... sebenarnya itu trick aje, trick mintak belas kasihan.
Jam 2.30 pagi kami tiba dan mengejutkan Puan Siti Norhana. Dah dia bangun kan, mulalah dia bercerita seolah-olah tiada lagi hari esok untuk terus bermesyuarat. Topik utama adalah majlis pertunangan Dilla yang bakal berlangsung bersama agenda-agendanya yang telah dia susun sejak entah bila lagi.
Kerana mata dah tak tahan sangat mengantuknya, kami masuk bilik dengan harapan Puan Siti Norhana akan menyambung kisahnya di hari esok. Hehehhe... dia ikut kitaorang masuk bilik daaa... sudahnya sampailah jam 5 pagi, baru mak masuk biliknya sendiri, meninggalkan kami yang telah berdengkuran.
Hari ini, hatiku masih gundah. Masih memikirkan yang menambah beban rasa. Masih tak faham dengan semua yang berlaku. Tak suka, tak suka dan tak suka.
No comments:
Post a Comment