Suatu hari kita pasti didatangi ujian yang akan membuat kita rasa buntu atau rasa seperti hendak menghantuk kepala ke dinding. Alangkah sedihnya kehidupan. Kesedihan itu satu lumrah kehidupan. I'm a big girl, setakat dugaan-dugaan sebegini tidak sekali pun ia membuat aku tersungkur.
Sekelipan mata, entah di mana silapnya aku hilang teman sepermainan. Aku percaya, keakraban inilah yang membuatkan aku rasa terlalu sedih apabila dikhianati dan diragui. Masih aku bertanya-tanya, dimana silapnya? Di mana permulaan sketsa ini? Siapakah pengarahnya? Dan mengapa aku terheret sama? Aku tidak akan berlari atau bersembunyi, aku akan menghadapinya kerana aku berada di pihak yang benar. Siapa pun dalang-dalang mereka, aku tidak akan mengalah. Kalau pun aku dikalahkan, aku akan menang kerana aku di pihak yang benar.
Hilang seorang atau dua orang atau tiga orang teman tidak meninggalkan kudis dalam hidupku sementelah... teruji sudah kesetiaan mereka. Mungkin permainan ini membuka pekung sebenar, siapa mereka yang aku dampingi. Atau mungkin petunjuk dariNya, untuk aku mengundur diri.
At least, masih ramai orang lain di sekeliling aku untuk di panggil teman. Setakat untuk berhibur atau bergelak tawa, tidak akan aku bersedih tanpa mereka mengelilingi aku.
No comments:
Post a Comment