Pages

Thursday, March 01, 2007

Besar atau kecil, kecil atau besar????

I don't get it!!! Kenapa manusia suka membesar-besarkan perkara kecil. Dah benda kecik, buka je la kepala tu untuk menerima dengan cara positif. Hati pun tak sakit.
Urghhhh...
Perkara ini berlaku kepada seorang teman. Memula bercerita macam ok je, tapi bila dia tahu si A kata 'dia kadang-kadang suka menyusahkan diri fikir pasal benda kecik, dalam erti kata lain membesar-besarkan benda kecil', terus dia angin. Siap ungkit-ungkit lagi kisah si A pula. Eh eh... mamat ni, ada yang aku jerit pulak ni karang. Hehehehe! (ehhh... termarah pulak!) Tapi dengan reaksi dia yang sebegitu, terus confirmlah memang betul kata si A tadi. Muaahahahaha... Why not dia just relax dan aku pun boleh le menerima bahawa sesungguhnya dia juga manusia biasa, ada kekurangan di mana-mana.
Tapi sesungguhnya juga, si mamat ni tak pasal-pasal kena sound ngan aku... 'si A tu kawan saya, saya tak suka orang mengata kawan-kawan saya. So... sebelum awak terbabas nak mengata dia, baik awak relax dan diam. Jangan nak marah-marah. Kalau tidak tak pasal-pasal saya pulak yang berperang dengan awak nanti'. ehehehhee... brutal tak aku? Peduli apa. Aku kenal kau baru sebulan, tapi aku kenal kawan aku dah bertahun-tahun.
Dan hari ini aku belajar, bahawa aku memang pantang mendengar orang ni mengata orang tu, orang tu mengata orang ni. Juga aku tak suka membesarkan benda kecik dan mengecikkan benda besar. Ehhh, whatever lah.

No comments: