Pages

Wednesday, November 15, 2006

Satu Syawal

Image and video hosting by TinyPicImage and video hosting by TinyPic
Image and video hosting by TinyPic Image and video hosting by TinyPic


Tahun ini kami beraya dengan abah. Emak pulang ke Muar bersama Achik. Lalu tiadalah kuah lontong dan sambal kacang untuk dinikmati di pagi raya. Sob... sob... sob! Berhari raya dengan abah, lain coraknya. Selepas sembahyang raya, kami menikmati juadah hari raya bersama-sama. Selain abah, makcik dan adik beradik kami (kecuali Dada sekeluarga), makcik Ani (adik abah) juga beraya bersama di kampung kali ini. Riuh rendah rumah abah, dan makin huru hara jiwa makcik kerana rumahnya asyik bersepah. Hehehehe...
Selepas bersantap bersama mulalah acara 'drama swasta' lakonan anak-anak Haji Shaudin Sidek. Yang paling banyak buat dosa sepanjang tahun seperti Apit dan Bain tu, banyak sikitlah air mata diaorang. Tapi yang agak 'angel' seperti aku ni, muahahahah....pun banyak juga airmatanya. Sebab asyik tengok orang nangis, mulalah aku sebak. Selepas bersalam-salaman dan bergambar kami pun berangkat ke tanah perkuburan. Selalunya kami mengunjungi tanah perkuburan sebelum pagi raya untuk aktiviti pembersihan namun tahun ini ada perubahan. Pagi raya baru kami menjenguk kubur opah, opah wah, tok we dan sanak saudara yang telah pergi dulu dijemput oleh Nya. Wahhhh... meriahnya! Abah dah macam wakil rakyat, jalan sikit salam, jalan sikit salam... kitaorang yang tak kenal sesapa pun ni sengih je la. Bila abah salam, kitaorang pun salam. Tapi entah sape2 aku pun tak tahu.
Selepas melawat kubur kami pulang ke rumah. Seperti kebiasaannya, rumah abah diserbu saudara-mara abah. Wahhhhh... penat buat air nih. Belum masuk potong lemang, naik luka tangan aku. Dek kerana aku ni ibarat 'diktator' kat rumah tu, sudahnya aku mengarah apit dan bain (hero) untuk meneruskan agenda mengopek lemang. Masya Allah, kalau tiap-tiap tahun macam ni, harus hilang glamor aku nih!
Selepas sembahyang zuhur, kami pun berehat sebentar. Menjelang jam empat petang, jeng...jeng... jeng... masa untuk menyerbu rumah orang pulak. Malangnya, banyak betul insiden berlaku. Sesat barat kami dibuatnya. Abah pegi rumah Tok cho, kami ketinggalan (tu la... selalu sangat melawat sedara mara sampai sesat). Sudahnya berlabuh di rumah Pak Lang. Lawak giler! Empat kali lalu kat jalan besar, simpang nak masuk rumah Tok Cho pun tak jumpa. Terpaksalah makcik Ani keluar semula dan menjemput kami di rumah Pak Lang.
Agenda melawat sanak saudara tidak meriah tanpa heroin utama seperti aku. Pertanyaan2 nakal berbaur gosip tidak lepas dari telinga. Sudahnya aku buat keputusan, 'siapa nak jawapan bila angah nak kahwin kena bayar 10 ringgit!'. Terus semua orang senyap. Tak de siapa yang berani nak bayar! Hehehehhe... berjaya tak!
Hari raya kedua, kami pulang ke Seri Manjung. Menanti emak pulang dengan tabah.

No comments: