Yes, i am a dreamer! Berangan satu daripada hobi. Dan separuh daripada hidup saya dihabiskan mengangankan yang indah-indah. Waktu kecil, saya selalu berangan apabila besar nanti, mahu kerja bagus-bagus. Mahu ada sebuah bilik yang di dalamnya semua sooo girlish!!! Dan ketika itu warna paling saya minati adalah warna hijau, dan bayangan bilik saya adalah seperti hutan rimba (kata Along!). Pokok-pokok segar dengan sebuah katil bercadar putih berlangsir putih berada di dalam bilik itu. Ala... macam scene Snow White masa dia mati dan orang kenit letak dalam peti kaca tu. Bilik itu juga menempatkan banyak novel serta magazines. Dan satu lagi bilik menempatkan home theatre paling canggih. Dalam bilik itu juga ada sebuah peti ais yang besar. Dalam peti ais tu ada banyakkkkkkkk aiskrim, buah-buahan, coklat dan juices.
Apabila besar sikit, bilik home theatre ni dah hilang daripada anganan. Bilik yang berkatil putih dengan pokok-pokok segar pun hilang juga. Yang tinggal, saya berangan mahukan sebuah rumah warna putih di tepi laut. Rumah tu satu tingkat dan tidak terlalu besar. Ada garden dan bilik tidurnya pun berwarna putih dengan bilik air yang sangat besar. Dalam bilik air tu mesti lengkap closet. Dan rumah tu tanpa pagar. Perfect!
Hahahahahha... Berangan lagi aku nih!
No comments:
Post a Comment