Kekasih dan teman hidup dicari! Kepada anda yang masih belum berpunya, atau yang hendak beristeri dua, atau yang telah ditinggalkan, masih ada peluang untuk mengorat saya. Selepas tarikh tutup iklan ini, peluang anda akan tertutup sama sekali. Bagi yang masih memendam perasaan atau yang rasa ingin mencuba nasib, selamat berjaya!
:: Terbuka kepada semua golongan masyarakat, kaya atau miskin, hensem atau kurang hensem dan straight atau kurang straight boleh memohon.
:: Usia - tidak ditentukan asalkan telah matang dan selesai tempoh bersuka ria bersama teman-teman.
:: Keturunan - Melayu dan Islam (penganut agama Islam yang taat dan mengamalkan ajaran Islam)
:: Pendapatan - tidak ditentukan asalkan berpendapatan tetap dan mampu menyara anak bini dengan taraf kehidupan selesa.
Keutamaan diberi kepada calon yang berkenaan.
:: Pandai mengurat saya. Sebab saya tak akan mengurat orang.
:: Pandai menyanyi. Sebab saya nak didodoi sebelum tidur.
:: Pandai mengaji. Sebab dulu abah sendiri yang mengajar saya mengaji jadi saya mahu suami sendiri yang mengajar anak saya mengaji nanti.
:: Boleh menjadi imam ketika bersembahyang. Sebab saya kurang pandai dan mahu dibimbing suami.
:: Ada sense of humor. Sebab kebanyakan acara keluarga akan dipenuhi gelak ketawa, saya tidak mahu suami saya menjadi hiasan dinding ketika acara tersebut berlangsung.
:: Suka melancong. Sebab kata abah, orang yang jauh perjalanan banyak pengalamannya.
:: Suka makan. Sebab saya suka masak.
:: Suka muzik. Sebab saya pun suka muzik.
:: Tinggi. Hehehhe... ini kriteria tambahan sebab saya akan bagi markah lebih.
:: Kurus. :) pun kriteria tambahan untuk mendapat markah bonus.
:: Berkulit cerah. :P at least anak-anak saya ada harapan nak berkulit cerah, tidaklah sekeluarga 'mendung' je. hehehehhe....
:: Punya rasa sensitiviti yang tinggi. Supaya saya tidak perlu menerangkan setiap perkara dan memberitahu setiap sebab dan alasan.
:: Family type - Sebab saya suka merangka 'family tour'.
Calon-calon yang layak dan terpilih ke senarai akhir akan dinilai semula oleh Puan Siti Norhana dan Encik Haji Shaudin. Hehehehe...
Cara memohon;
Hantarkan resume lengkap berserta gambar berukuran 4R (penuh dan separuh) ke alamat asha_tumbelina@yahoo.com. Tarikh tutup permohonan 2 November 2006.
Sebarang rayuan dan surat menyurat bantahan tidak akan dilayan. Hehehehehe! Keputusan 'mungkin' muktamad.
No comments:
Post a Comment