Pages

Friday, June 30, 2006

My Sweet Heart!

Image and video hosting by TinyPic

New born Miftahul Nashwa is my second sweet lil baby from my elder sis, Along. Dan Alliesya Sufiah, still my 'sweet heart'. Safurah also my sweet heart, a lil girl from Ija, my forever best friend. Nashwa lahir pada 10 Jun 2006 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kini berada di kampung (Perak) dan di bawah pengawasan 'bidan Alliesya Sufiah'... OMG, dia tak berhenti mengendeng kat baby ni, dia nak pakaikan pampers, dia nak dukung... dan dia jeles kalau Mak Ngah asyik kelek Nashwa ke sana ke mari.
Alliesya Sufiah yang selalu Mak Ngah rindui kini dah pandai cakap telefon, pandai menyanyi... walau pun sepatah haram lirik dia tak boleh difahami. Setiap kali bercakap telefon, dia akan kata 'adik dah mamam, hahaha...' dia buat2 gelak. Cute kan!
Safurah pula... sesekali bertemu tetap membuat aku tersenyum. Berebut dengan adiknya, Haziq, Safurah akan menyebut nama mama Shima berkali-kali untuk meraih perhatianku. Selagi aku tak melayan, selagi itulah dia akan mengulang-ngulang cakap. Pun cute kan!
Aisyah Nabihah pula anak angkat mak, pun sama cute dengan dua buah hatiku caca dan safurah. Dia selalu kena buli dengan caca @ alliesya. Walaupun suaranya lembut dan halus tetapi aisyah bermata bulat. Miss them so much!

No comments: