Pages

Friday, May 19, 2006

Buat Kawan Saya!

Ada seorang kawan, dah lima hari dia tak balas sms saya. Dia merajuk ngan saya kot. Kawan saya itu memang manja orangnya, asyik merajuk je... Ni saya nak buat penerangan....
Wahai kawan saya yang saya sayang... masa saya nak balik kg, saya dihantar oleh seorang teman sepejabat yang sungguh baik hati. Saya terserempak dengan kawan saya ini, dan dia seorang diri. Tapi saya terus ke Pudu Raya sebab teman saya tidak boleh berlama-lama kerana dia mahu pulang ke rumahnya. Apabila tiba di kg, saya telah dihadapkan oleh pelbagai masalah-masalah berbangkit oleh ibu saya. Jadi saya sudah terlupa untuk memujuk kawan saya yang waktu itu saya rasa tidaklah dia merajuk... nampak macam ok je! Akhirnya baru saya sedar, mengapa dia tidak membalas msg saya? bila saya call, dia tak angkat... emmmm, merajuk kah dia. Dan hari ini barulah saya berkelapangan untuk memikirkannya sementelah saya hendak ke Bangkok esok, dan kerja yang menimbun sudah semakin berkurangan. Apatah lagi kepala saya juga sudah semakin pulih dari mengenang permasalahan ibu di kg. Apakah kawan saya ini tidak mahu menemui saya sebelum saya berpergian? Wahai kawan saya, kalaulah setiap apa yang saya lakukan telah menyinggung perasaan anda wahai kawan kesayangan saya, saya menyusun 10 jari memohon maaf. Kalaulah kawan saya itu sudi memaafkan saya, saya janji saya akan memasakkan sejenis lauk mengikut permintaannya selepas saya balik dari Bangkok nanti disertai dengan layanan kelas pertama ketika kawan saya itu sedang bersantap. Kali ni saya janji... promise! Please forgive me, dear!!!!
Kawan saya, miss u so much! Forgive me and call me. sob sob sob

p/s : kawan saya ini sungguh saya sayang....

1 comment:

Anonymous said...

adus! tak ter komen aku... tu la kita kita ni...selalu tak sedar kalau orang merajuk