Pages

Wednesday, April 26, 2006

Asha Mengamuk!!!

Kejadian Asha mengamuk pada kali terakhir terjadi di sekitar tahun 2004 bertempat di Ulu Yam. Ketika itu konflik perhubungan tiga segi atau lebih tepatnya empat segi menyebabkan krisis yang amat buruk. Itu cerita dulu...
Semalam, sekali lagi Asha mengamuk... seperti semua yang sedia maklum, Asha bukanlah kalangan orang cepat melenting, paling abis kalau marah pun just menangis. Namun apabila Asha mengamuk dan tidak ada setitik pun air mata yang luruh... Ini boleh dipanggil 'keadaan darurat' oleh sesetengah pihak.
Bermula dengan hasrat hati hendak mengisi minyak. Setelah membayar RM20, Asha kembali ke kereta untuk mengisi minyak. Menunggu kira-kira tiga minit, pam minyak masih tidak boleh digunakan lalu dengan arahan seorang Bangla di situ, Asha mengalih keretanya ke pam yang lain. Masih menunggu, pam masih tidak boleh digunakan. Lalu Asha ke dalam kedai semula dan bertanya kepada juruwang yang bertugas.
Al kisah si juruwang mengatakan telah ada kereta yang mengisi minyak di pam pertama Asha tadi dan menggunakan minyak yang sepatutnya masuk ke dalam tangki kereta Asha. Memang pun, kejadian itu Asha pun nampak. Lalu si juruwang menyalahkan Asha kerana mengalih kereta ke pam lain. Oiii! itu your fucking Bangla yang suruh. Bergaduh-gaduh dan bertekak-tekak, sah-sah la aku yang kalah... dah itu stesen minyak dia. Menghempas-hempas diri masuk ke kereta, lalu Asha memecut pergi ke stesen lain yang berdekatan. Tapi hati masih membara...
Kebetulan, selepas kejadian, Asha seharusnya menuju ke TTDI untuk acara makan besar bersama keluarga GLAM dan EH! bagi meraikan kesuksesan kami sebagai organizer dan membelanjakan wang kemenangan kami sebanyak RM600. Dengan muka muncung semberot tu... Asha gagahkanlah jugak hati. Tapi nasiblah diaorang menengok muka tak sudah aku!
Tetapi berkat kesabaran teman-teman membuat lawak... akhirnya mendung pun berarak pergi. Lakonan Zul sebagai bomoh dengan menjampi serapah Ejal amat mencuit hati. Memang lawak bodoh! Gelaklah Asha.... hilanglah marah!
heheheheehe... T.A.M.A.T

No comments: