Pages

Saturday, March 25, 2006

The Organizer Trip (Garisan Permulaan)

Sejak tiga bulan lepas, aku mula mengerjakan working paper, arrangement dan planning untuk 'company trip' tahun ini. Pada 2005, team Marie Claire dilantik sebagai organizer, dan tahun ini giliran kami pula - GLAM dan Eh!. Entah macam mana, tugas merancang, menguruskan dan melaksanakan dah jadi kerja aku dan Ejal je pulak... anyway, seronok jugak buat benda yang tak pernah dibuat.
Tiba masa... empat orang (aku, zul, ejal dan suzie) terbang awal sehari, 18 March 2006. Sampai di KLIA (sob.. sob... lepas ni tak boleh naik kat KLIA kalau naik Air Asia) Selepas urusan check in, excess baggage kena bayar ya... dah bawak barang macam nak pindah, nasib ko lah labu!, kami pun melenggang lenggang kanggung, siap dengan breakfast dulu. Pastu singgah pulak di kedai majalah, selagi ada kedai semua nak singgah. Keluar dari kedai majalah kami pun meneruskan lenggang... lenggang lagi. Sekali tiba-tiba, 'penerbangan Air Asia AK6305 dari Kuala Lumpur ke Langkawi akan berlepas tidak lama lagi... bla bla bla...' WHATTTTT! kami pun apa lagi macam siput hilang cengkerang le berlari. Sebijik macam Amazing Race ke Explore Race ke... termengah-mengah sampai kat Gate A8. Si Zul, sebab bawak kotak terpaksa la dia berlari ala maraton nak pas batton. Lawak giler! Sampai kat Gate A8, rupanya gate tu baru bukak... pengumuman tadi sebenarnya nak suruh penumpang masuk boarding check ya! sakit hati ya! dah termengah-mengah ni ya! Apa lagi, gelak pun separuh nak pengsan.
Image hosting by TinyPic

3 comments:

CD said...

itu lah ya...kengkawan ya... lain kali dgr bebetul ya... wakaka!

nao said...

muwhahahaha...apa kes lawak antarabangsa daaaaa

Anonymous said...

aku, ya... kengkawan ya... memang dengar bebetul ya, tapi itu pengumuman yang silap ya... lain kali katalah bersedia untuk berlepas means ready for boarding bukan akan berlepas... hehehehehe!

nao, memang lawak antarabangsa!